VIRAL
“Ini Semua Ketentuan Allah,” Ayah Reda Bayi 2 Bulan M4ut Dih3mpap Abang Berusia 5 Tahun

“Ini Semua Ketentuan Allah,” Ayah Reda Bayi 2 Bulan M4ut Dih3mpap Abang Berusia 5 Tahun
“Ini Semua Ketentuan Allah,” Ayah Reda Bayi 2 Bulan M4ut Dihemp4p Abang Berusia 5 Tahun. Ajal dan maut semuanya telah tertulis dan merupakan ketentuan Allah. Memang perit apabila kehilangan ahli keluarga tercinta, apatah lagi kerana kemalangan yang tidak disengajakan. Namun bersabarlah dalam menghadapi ujian yang diberikan, semoga berkat kesabaran tersebut diberikan kekuatan iman.
“Ujian saya ini sikit saja, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta. ‘
Demikian luahan Meor Syazalee Sha @ Meor Sha,38, bapa kepada bayi Maryam Sofea berusia dua bulan yang meninggal dvnia dipercayai lem4s akibat dihemp4p abangnya ketiganya berusia lima tahun ketika tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah di sini, awal pagi semalam.
Ketentuan Allah
Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah itu berkata, beliau dan isteri,bagaimanapun reda dengan kejadian tidak disangka-sangka itu, namun enggan bercerita lanjut kerana masih bersedih
“Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristighfar saja.
“Memang sedih…nak kata tunggu anak perempuan tidaklah, tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur, “ katanya ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah.
B4yi Tidak Sedarkan Diri
Mengulas lanjut katanya, ketika kejadian, satu-satunya anak perempuan iaitu sedang tidur bersama isterinya dalam satu bilik, manakala tiga lagi anak lelakinya berusia 9, 6 dan lima tahun tidur di bilik berasingan.
Katanya, isterinya hanya menyedari bayi mereka tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapati Maryam tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.
“Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan sudah meningg4l dunia,” katanya.
Mohon Tidak Beri Komen Tidak Sensitif
Meor Syazalee berkata, beliau cuma berharap orang ramai dapat membantu kami agar tidak memberikan sebarang komen yang tidak sensitif yang hanya akan mengganggu emosi mereka sekeluarga.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi media berkata hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat hasil laporan bedah siasat.
Sementara itu, tinjauan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah setakat jam 12 tengah hari ini mendapati ahli keluarga sedang menunggu proses bed4h siasat selesai sebelum jenaz4h dijangka dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.
Sumber : Mingguan Wanita
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah