Connect with us

HIBURAN

Ini Pesanan Terakhir sebelum Erra Fazira berangkat tunai haji, kita doakan Semoga mendapat haji yang mabrur.

Published

on

Ini Pesanan Terakhir sebelum Erra Fazira berangkat tunai haji, kita doakan Semoga mendapat haji yang mabrur.

Selepas menyimpan hasrat selama lima tahun, penyanyi Erra Fazira berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji malam tadi.

Menerusi laman Instagram pembantu peribadinya, penyanyi berusia 45 tahun itu kelihatan ditemani beberapa ahli keluarga dan sahabat handai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut kelihatan anak kesayangan, Engku Aleesya yang pasti akan merindui ibunya sepanjang tempoh mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Hajat yang disimpan lama, akhirnya termakbul juga, saya tumpang gembira. Semoga awak dilindungi, beroleh ketenangan hati, dijauhkan dari perasaan iri hati mahupun benci,” tulis kapsyen posting tersebut. Sebelum ini, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek turut memuat naik posting setelah melakukan perkongsian ilmu daripada pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad.

Alhamdulillahhhh.. pengalaman indah bersama insan yg saya hormati.. sentiasa positif dan tajam minda.. .
Thank you prof Dr Muhayya n sweet sista Dr Atiyya n #telekungtalk team .. byk perkongsian dan ilmu saya dapat. And.. dapat jugak sarung khimar dan mini telekung @muhayya.momentum yg super duper selesa. Luv sangat!! .. U guyz definitely have great taste in fashion muslimah  .

Halalkan makan minum dan ilmu. InsyaAllah saya semat dalam hati dan minda utk menjadi insan yg lebih baik dan positif. InsyaAllah.. .

Thank you again for the wonderful time i had yesterday.. n tak lupa great Thai food .. Moga Allah merahmati seisi keluarga @profmuhayya1 dan team2 prof juga. InsyaAllah pjg usia, kita jumpa lagi.. 

“Halalkan makan minum dan ilmu. InsyaAllah saya semat dalam hati dan minda untuk menjadi insan yang lebih baik dan positif,” katanya.

Rata-rata peminat dan pengikut tidak ketinggalan untuk menitipkan doa serta berharap agar perjalanan sepanjang menjadi tetamu Allah tersebut akan dipermudahkan.

Selamat menjalani ibadah haji

Semoga dapat haji mabrur!

Sumber : Erra Fazira , Sharendra Abd Razak via majalah harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending