INSPIRASI
Ibu Ini Berjalan Kaki 30 Kilometer Setiap Hari Untuk Kutip Sampah, Gara-Gara Dihina Orang Sekeliling Semua Anaknya Berjaya

Ibu Ini Berjalan Kaki 30 Kilometer Setiap Hari Untuk Kutip Sampah, Gara-Gara Dihina Orang Sekeliling Semua Anaknya Berjaya
RANTAU PANJANG – Ketabahan seorang ibu tunggal menjalankan kerja mengutip sampah sehingga dipandang jijik segelintir masyarakat sekeliling membuatkannya nekad memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya.
Rahimah Dollah, 54, yang bergelumang dengan sisa buangan dan barangan terpakai itu sejak 2003 bagi menyara kehidupannya bersama tiga anak masih belajar, sanggup memekakkan telinga mendengar kata-kata sinis pihak tertentu terhadap pekerjaannya itu.
Berkat kesabaran Rahimah itu, dua anaknya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi iaitu anak sulungnya, Zainal Abidin Che Hassan, 25, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang Mekatronik, manakala anak kedua, Siti Zaitun, 18, pula mengikuti pengajian A-Level di Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, Kedah selepas memperolehi 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Anak bongsunya, Zainal Asyraf Che Hassan, 16, memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan bulan lalu.
Rahimah sanggup memekakkan telinga dan menelan sindiran sinis orang ramai terhadap pekerjaannya itu.
Rahimah berkata, dia melakukan kerja tersebut bagi membantu menambah pendapatan arwah suaminya yang hanya bekerja kampung.
“Ketika itu saya terdesak untuk membeli susu anak yang sedang kelaparan, hendak tunggu suami pula petang baru pulang dan belum tentu bawa wang.
“Dari situlah saya mula kutip sampah seperti botol, tin dan sebagainya di sekitar kejiranan. Dengan hasil jualan itu, saya memperoleh hampir RM50 dan dapat membeli susu anak serta makanan lain ketika itu,” katanya.
Bagaimanapun pada 2010 katanya, dia dan anak-anaknya berdepan ujian cukup berat apabila suami, Che Hassan Mohamed, 61, yang merupakan tonggak keluarga meninggal dunia akibat kanser tiroid.
“Hasil jualan botol, kotak dan barangan kitar semula inilah saya menyara keluarga, selain menghantar anak ke sekolah,” katanya.
Rahimah berkata, setiap hari dia akan berjalan kira-kira 30 kilometer sekitar Rantau Panjang untuk mengutip barangan terpakai menggunakan kereta sorong dan kadang-kala menaiki basikal disebabkan kudratnya tidak sekuat sebelum ini.
Setiap hari Rahimah akan berjalan kaki kira-kira 30 kilometer sekitar Rantau Panjang untuk mengutip sampah dan barangan terpakai.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, dia tidak pernah malu dengan pekerjaan dilakukan ibunya itu.
Malah katanya, dia cukup bangga dengan usaha tidak pernah jemu ibunya dalam mendapatkan rezeki halal.
“Jika ada masa terluang, saya akan bantu ibu kerana inilah rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.
Selain mengutip sampah Rahiman turut membuat penyapu lidi daripada daun kelapa sebagai sumber pendapatan tambahan
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah