VIRAL
Ibu ‘hilang’ di hospital, puas anak cari rupanya dah men1ngg4l… hajat tertunai di Tanah Suci – “Mama senyum bilang hari”

Ibu ‘hilang’ di hospital, puas anak cari rupanya dah men1ngg4l… hajat tertunai di Tanah Suci – “Mama senyum bilang hari”
Tiada siapa dapat menjangkakan seorang ibu akan menghembvskan n4fas terakhir ketika pertama kali menunaikan umrah.
Jemaah wanita itu men1ngg4l dvnia di sebuah hospital di Madinah pada hari Jumaat, sehari sebelum dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke tanah air.
Berkongsi cerita kepada mStar, anaknya, Muhammad Nazwan Naziruddin Bahruddin berkata, dia tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 6 Januari lalu.
Bersama keluarga di lapangan terbang sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, kunjungan mereka sekeluarga ke Tanah Suci dibuat selepas ibunya, Che Wan Rahimah Che Wan Malim sering menyuarakan hasrat untuk ke sana.
“Saya dan mama (panggilan ibu) bersama makcik, pakcik dan nenek menyertai rombongan. Memang kami semua nak pergi buat umrah.
“Mama teringin sangat nak ke Tanah Suci, malah pernah menyatakan yang dia reda sekiranya men1ngg4l dvnia di sana,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Nazwan, katanya, ibunya yang berusia 50 tahun mengh1dap peny4kit k4nser ov4ri tahap empat sejak lima tahun lalu.
Ibu Nazwan menggunakan kerusi roda sepanjang berada di Tanah Suci.
Walaupun dalam keadaan kurang sihat, ibunya yang berasal dari Dungun, Terengganu itu tetap bersemangat untuk menunaikan umrah.
“Sepanjang masa saya bersama dengan mama. Saya sentiasa pantau keadaan mama di sana, dengan pergerakannya menggunakan kerusi roda.
“Selepas hari ketiga di Madinah, mama mula tak sihat dan sesak n4fas. Mama dibawa ke hospital Madinah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” ujarnya.
Arw4h ibu Nazwan (hadapan) bersama nenek (kanan), bapa saudara (kiri) dan ibu saudara.
Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, ibunya koma selama tiga hari dan dia berdepan detik cem4s apabila tidak menjumpai ibunya di hospital pada hari ketiga.
“Petang Jumaat tu (13 Januari) saya cari mama di ICU, tapi tak ada. Pergi cari di bahagian kecem4san pun tak ada. Saya cu4k sampai cari satu hospital.
“Saya minta bantuan mutawif sebab mak ‘hilang’. Rupa-rupanya mak dah men1ngg4l dvnia pada petang Jumaat,” katanya sambil menambah jen4zah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah pada hari yang sama.
Arw4h ibu Nazwan di Makkah.
Mengakui terkilan kerana tidak sempat melihat ibunya buat kali terakhir, namun Nazwan yang bertugas sebagai juruteknik itu reda dengan ketentuan Ilahi.
“Alhamdulillah, permintaan dan hajat mama sudah tertunai. Sebelum ini, mama nak sangat pergi ke Tanah Suci dan mama dapat menyempurnakan hajatnya.
“Mama men1ngg4l dvnia petang Jumaat. Malam tu saya sudah berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu.
“Sepatutnya saya nak extend berada di Madinah sebab nak jaga mama di ICU, tapi mama dah ‘pergi’ dahulu sehari lebih awal,” katanya yang turut berkongsi video mengenai perjalanan arw4h ibunya menunaikan umrah, di TikTok.
Nazwan (kanan) menunaikan hasrat ibunya untuk ke Tanah Suci.
Menyifatkan ibunya sebagai seorang penyayang dan suka bersedekah, Nazwan mengimbas kembali detik-detik terakhir sebelum ibunya dimasukkan ke hospital dan koma.
“Mama tanya saya hari ini hari apa. Mama siap bilang hari. Saya jawab hari ni Rabu, dan mama pun senyum. Memang Allah permudahkan urusan mama, dia pergi pada hari Jumaat.
“Allah sayang mama. Mama menanggung kesakitan selama lima tahun. Allah dah tarik kesakitan mama selama-lamanya,” katanya.
KOMEN NATIZEN
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.
Sumber : Mingguan wanita
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah