Connect with us

Uncategorized

(i-Citra)Permohonan Pengeluaran KWSP Mulai 15 Julai 2021

Published

on

i-Citra

(i-Citra)Permohonan Pengeluaran KWSP Mulai 15 Julai 2021

i-Citra: Permohonan Pengeluaran KWSP Mulai 15 Julai 2021

Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Susulan kes COVID-19 yang berlanjutan kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan baharu iaitu PEMULIH. Antaranya adalah pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra

Apa itu i-Citra?

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini

Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra ini pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah

Permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi portal i-Citra seperti pautan yang dikongsikan di bawah mulai 15 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021

Permohonan i-Citra Pengeluaran KWSP & Semakan Status

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai permohonan pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar:

Kadar Pengeluaran

  • Maksimum RM5,000

*Tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 & Akaun 2

  • Akan dibayar untuk tempoh sehingga 5 bulan
  • Dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan

*Tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50

  • Terbuka kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun

Tarikh Permohonan

Dibuka: Mulai 15 Julai 2021

Ditutup: –

Cara Mohon i-Citra

1. Secara Online

Portal Online: i-Citra KWSP

Langkah untuk membuat permohonan akan dikemaskini setelah diumumkan KWSP

NOTA: Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah memastikan nombor telefon bimbit telah dikemas kini bagi menerima TAC Code dan akaun bank peribadi aktif.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:

sumber: Mysumber

Continue Reading
Advertisement

Trending