AGAMA
Hukum Guna Lipstik Waktu Puasa, Ini Jawapan Mufti KL Yang Wanita Perlu Tahu

Hukum Guna Lipstik Waktu Puasa, Ini Jawapan Mufti KL Yang Dinanti Ramai Wanita
Zaman moden kini, hampir kesemua wanita mengenakan lipstick (gincu bibir) pada siang hari Ramadhan. Persoalanya?
Adakah batal puasa saya apabila saya mengenakan lipstick (gincu bibir) pada siang hari Ramadhan?
Ini jawapan daripada mufti KL :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan persoalan yang diajukan, hukum penggunaan lipstick pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa.
Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang mana menyebutkan:
لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277)
Tatkala seseorang merasa makanan, sudah pasti ianya akan memberikan kesan rasa kepada yang merasanya (pada lidah) dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi lipstick. Sekadar terdapat rasa sahaja, ianya belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya, maka batallah puasanya.
Kebanyakan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’e juga menyebutkan mengenai isu merasa makanan ini, dan kebanyakannya mengatakan perbuatan itu makruh tidak membatalkan puasa kerana dibimbangi boleh tertelan dan membatalkan puasa. Ini boleh di lihat di dalam kitab Mughni al-Muhtaj (2/168) oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah, kitab Nihayah al-Muhtaj (3/183) oleh al-Imam al-Ramli Rahimahullah dan ianya juga terdapat di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji.
Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:
“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]
Adapun berkumur[1], jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]
Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi. Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa
Kesimpulan
Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa.
Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang digincu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu. Di dalam kitab Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Rahimahullah ada menyebutkan:
“Tiada batal puasa sebab merasai makanan dengan lidah dan jika sampai rasa makanan itu kepada rukungan (kerongkong) sekalipun dari kerana rasa makanan itu athar’ jua bukan ‘ain.”
Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.
Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.
Wallahu a’lam.
sumber: Mufti WP via Majalah ilmu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.