ISU SEMASA
Gara2 Takut Ibu Rampas ‘handphone’, Kanak2 Kunci Diri Dalam Kereta

Gara2 takut ibu rampas ‘handphone’, kanak2 kunci diri dalam kereta
Pada zaman kini, sejak dari kecil ibu bapa dilihat semakin kerap mendedahkan kanak-kanak kepada telefon bimbit, sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang akan tantrum jika tidak mendapat telefon bimbit. Begitulah kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah menguncikan dirinya di dalam kereta Axia milik ibunya. “Nyo buat perangai hari ni.. dia kunci pintu kreta dan taknak buka sebab nak main tepon.”dio pandai sgt buka balik kunci tu, tapi xnak buka balik sbb takot org amek tepon dgn dio.. last2 terpaksa panggil bomba. Masa bomba dok kalut buka pintu dio xtengok pon..kita panggil pon dio wat xtau..xtgk pon ko kito… bertuah punyer budak. Kredit: Bapanya
Tindakan kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai kerana dia bimbang sekiranya ibunya merampas telefon bimbit yang digunakannya untuk bermain. Kanak-kanak tersebut dikatakan sudah pandai membuka kunci pintu kereta, namun dia sengaja tidak berbuat demikian kerana takut telefon bimbitnya diambil. Selamber je budak ni. Tindakan kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai kerana dia bimbang sekiranya ibunya merampas telefon bimbit yang digunakannya untuk bermain. Kanak-kanak tersebut dikatakan sudah pandai membuka kunci pintu kereta, namun dia sengaja tidak berbuat demikian kerana takut telefon bimbitnya diambil.
Disebabkan itu, ibunya terpaksa memanggil pihak bomba untuk membuka pintu berkenaan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Sewaktu proses membuka pintu kereta tersebut oleh pihak bomba, kanak-kanak tersebut dikatakan tidak mengambil peduli akan reaksi dan tindakan orang sekeliling, malah sibuk bermain telefon bimbit.
artikel lain: Budak disahkan rabun jauh akibat kerap diberi bermain handphone sejak usia setahun
Seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Xiao Man berusia dua tahun dari Jiangsu, China, disahkah mengalami rabun jauh. Difahamkan, ketika Xiao Man berusia setahun, ibu bapanya tidak tegas dan selalu membenarkan dia menggunakan telefon bimbit sepanjang masa.
Bagi ibu bapanya, Xiao Man lebih diam dan tenang apabila diberi menggunakan telefon bimbit membuatkan mereka sentiasa memberinya telefon bimbit sepanjang masa. selepas setahun kemudian, keadaan Xiao Man mula berubah sedikit dan keluarganya menyangka perubahan itu cuma kesan dari kekerapan menggunakan telefon bimbit dan tidak mengambil endah mengenainya.
Sehinggalah satu hari, Xiao Man dibawa ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan mata dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati anak perempuan mereka itu mengalami rabun jauh, 900 degree. Doktor di hospital berkata, Xiao Man terlalu muda diberi menggunakan alat peranti elektronik dan kekerapan penggunaan itu telah merosakkan matanya. Keadaan itu akan bertambah teruk apabila Xiao Man meningkat dewasa.
Justeru, doktor menasihatkan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun tidak diberi menggunakan telefon bimbit. Sementara golongan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun hanya diberi menggunakan telefon bimbit selama 30 minit setiap hari. Tambahnya lagi, ibu bapa boleh mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada telefon bimbit dengan melakukan pemeriksaan mata mereka. Ini termasuk anak-anak sering mengosok mata, kerap mengerlip mata, muka berkerut bagai.
Sumber: Kopiah Kau Senget via ohmymedia/China Times, World of Buzz via the reporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.