Connect with us

HIBURAN

Fizo Tunaikan Impian Ibunya Untuk Bertemu Dengan Insan Istimewa Ini

Published

on

“sampai nangis2 dia” Ibu Fizo Terharu. Fizo Berjaya Tunaikan Impian Ibunya

Orang tua kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya.

Bagaimana pula bagi mereka yang sudah ketiadaan insan mulia itu di dunia ini? Mungkin ramai menganggap, mereka sebenarnya tidak puas berbakti kepada orang tuanya.

Ada juga menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Apabila melalui detik kehilangan itu, barulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Pelakon dan usahawan, Wan Hafizol Wan Omar atau nama komersialnya, Fizo Omar ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Fizo, ibunya sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan pakar motivasi, Ustazah Norhafizah Musa.

“Mama teringin sgt nak jumpa dgn Ustazah ni Itu lah yg selalu mama dok sebut, n mama tanya abe kenal ke dgn Ustazah ni, kenal tgk dlm tv lah tapi xpernah jumpa pun.

Lalu, bintang drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi ini akhirnya tunai hasrat, realisasikan impian ibunya itu.

“Xpe la ma doa je byk2 insyallah 1 hari ade rezeki nnti dpt lah jumpe tu…Tibe2 minggu lepas sya dpt DM dkt ig, PA Ustazah Datuk Dr @ustazahnorhafizahmusa ,kak wani txt sya dia kata Ustazah berhajat nak jmpe ngn mama.terkejut saya! Terus call dia n nak pastikan betul ke tak.

“Allah bg kita ujian sebenarnya dia nak kita ‘tersungkur’- maksusnya tersungkur tunduk kpdnya dan mohon lah hikmah disebalik ujiannya itu.”

“Punyalah susah nak match date sya ngn ustazah ni, akhirnya ptg td Ustazah dtg la rmh utk jmpe mama.

“Ya allah punyalah seronok mama bila tgk Ustazah sampai nangis2 dia.saya terharu dan hargai sgt Ustazah yg sgt bz dgn jadualnya n tak berapa sihat sanggup dtg utk jmpe n bg semangat kat mama.pesanan n kata2 nasihat utk mama dan saya td sgt memberi kesan kpd kami smua.

“Ustazah sgt humble dan kata2 lembutnya penuh dgn mesej yg mendalam.terima kasih byk2 kak wani n Ustazah sudi meluangkan masa utk dtg jmpa mama sya. Semoga doa Ustazah dan kalian semua membawa kebaikan kpd kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga turut memuji sikap Fizo yang taat kepada ibunya.

Untuk rekod, Fizo telah dilahirkan pada 19 Julai 1985 di Kota Bahru, Kelantan dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Nabi Muhammad SAW mengingatkan, keredaan Allah itu bergantung kepada keredaan ibu bapa.Begitu juga, kemurk aan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.

Sebenarnya, tiada ruang waktu di dalam hati seorang ibu melainkan sentiasa teringatkan serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat anaknya walaupun mereka sudah dewasa dan berkeluarga.

Doa ibu itulah sebenarnya yang menjadi pembuka pintu hidayah buat anaknya.

Foto : Instagram Fizo Omar

Sumber: sinar.kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending