Connect with us

VIRAL

“Eh, itu nama ayah saya” – 3 kali lafaz gara-gara pengantin lelaki, wali sama-sama gugup… majlis nikah gamat jadinya!

Published

on

“Eh, itu nama ayah saya” – 3 kali lafaz gara-gara pengantin lelaki, wali sama-sama gugup… majlis nikah gamat jadinya!

PENGANTIN mana yang tak berdebar menjelang hari pernikahan.

Namun lain pula yang berlaku dalam satu majlis akad nikah apabila wali kepada pengantin perempuan gemuruh sehingga tersasul menyebut nama bapa pengantin lelaki.

“Eh itu nama ayah saya,” kata pengantin lelaki yang sedang berjabat dengan wali, disusuli dengan hilai ketawa tetamu di sekeliling.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

//www.instagram.com/embed.js

Momen lucu itu sempat dirakamkan dan video tersebut tular di media sosial sejak Isnin.

“Cepat dia sedar… hahaha risau dapat mak tiri pula nanti.

“Nasib baik pengantin sedar, kalau tidak ayahnya yang nikah.

“Tak pasal ayah dia yang kahwin, melepaslah dia,” demikian antara komen netizen.

Apex dan isteri bernikah pada 11 Disember 2022.

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Nor Hafiz Nor Rashidi berkata, momen itu dirakamkan ketika pernikahannya di Jelebu, Negeri Sembilan pada 11 Disember lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu mengakui dirinya gugup pada hari berkenaan, namun tidak menyangka bapa mentuanya, Mohamad Azman Sawir, 59, turut sama gugup.

“Pagi tu masa nak masuk rumah keluarga pengantin perempuan, ayahnya ada tanya saya nama penuh dan saya jawab. Jadi, fahamlah masa akad nikah tu dia tak tengok kertas.

“Masa tu saya pelik, eh kenapa sebut nama ayah dulu? Semuanya berlaku secara spontan, terus perasaan nervous saya hilang selepas ahli keluarga gelak-gelak.

“Sebenarnya saya yang gugup dulu masa lafaz pertama. Lafaz kedua, bapa mentua pula tersasul. Bila tengok kertas tertera nama, baru okay Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi.

Pasangan pengantin bersama ibu bapa masing-masing.

Lebih dikenali sebagai Apex, dia berasa lega apabila pernikahannya bersama gadis dari Jelebu, Nur Aqidah Mohamad Azman, 24, dan majlis persandingan pada hari sama berjalan lancar.

“Ayah saya okay, siap tergelak. Mak kata nasib suami aku tak kahwin lagi buat kali kedua.

“Ayah mentua pula seorang yang sporting, tak garang dan suka buat lawak,” ujarnya yang berasal dari Palong, Negeri Sembilan.

Pasangan ini berkahwin setelah mengenali lebih tiga tahun.

Mengimbas kembali detik perkenalan, dia dan isterinya sudah saling mengenali selama lebih tiga tahun sewaktu mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja di Rembau.

“Pertama kali jumpa mak ayah dia (isteri) masa datang kenduri kakak dia. Kami buat macam kawan-kawan depan mak ayah dia sedangkan masa tu dah couple.

Saya gugup dulu masa lafaz pertama. Lafaz kedua, ayah mentua pula tersasul.
MUHAMMAD NOR HAFIZ NOR RASHIDI

“Apabila dah selalu minta izin daripada ayah dia untuk bawa keluar anaknya, barulah ada bincang untuk merisik dan bertunang.

“Pada mulanya saya sendiri pelik sebab ayah dia sangat okay. Kami boleh ngam walaupun tak berkongsi minat yang sama tapi boleh je berbual bersama,” ujarnya lagi.

Apex (tujuh, kiri) dan isteri (tujuh, kanan) bersama keluarga.

Apex yang bertugas di sebuah pusat tuisyen itu mengakui kesetiaan dan personaliti gadis pilihannya yang amat memahami membuatkan dia terpikat untuk memperisterikannya.

“Dia seorang yang setia dan memahami serta tak mengongkong saya. Paling penting, dia menerima saya seadanya terutama ketika susah,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : mStar

Continue Reading
Advertisement

Trending