IKTIBAR
‘Dulu naik motor, lepas nikah terus dapat beli kereta’ – Rezeki pasangan muda ini murah selepas berkahwin

‘Dulu naik motor, lepas nikah terus dapat beli kereta’ – Rezeki pasangan muda ini murah selepas berkahwin
MENEMPUH alam perkahwinan bukan satu permainan. Ia juga bukan sekadar berlandaskan nafsu semata-mata, malah pelbagai ilmu dan tanggungjawab perlu dilaksanakan.
Begitulah perkongsian oleh penyanyi, Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah tangga dengan kecekalan dan kegigihan setelah bernikah dengan isterinya, Juliana Nazarudin sejak lima tahun lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sebuah posting tweet berunsurkan nasihat dan pengajaran bagi pasangan suami isteri di luar sana.
Yakin dengan janji Allah. Ramai yang yakin dengan janji Allah tapi lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dengan janji Allah..
“Tapi dimana usaha & tanggungjawab? Niat yang baik pasti betul tapi Allah takkan ubah nasib kita melainkan dengan mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka.
“Ramai yang kata ‘bila kau kahwin rezeki kau makin kurang. Makin tak famous & makin tak laku’. Tapi bro, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dalam macam2 cara,” tulisnya.
Walaupun tweet tersebut dimuat naik pada April lalu, namun ia sekadar berkongsi serta mengingatkan semula bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mudah.
“Ini tweet abang yang lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita.
“Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dengan dugaan & ujian yang Allah beri, jangan cepat melatah dengan dugaan. Allah uji hambaNya yang beriman untuk tingkatkan taqwa pada Allah,” tambahnya.
Taleeb dan isteri berkahwin pada 22 Jun 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.
sumber: cempedahchese
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.