Connect with us

IKTIBAR

Dulu Bekas B4nduan, Kini Petani Berjaya

Published

on

Dulu Bekas B4nduan, Kini Petani Berjaya

Kejayaan tak datang bergolek. Orang yang berjaya telah mengharungi pelbagai onak dan ranjau dalam perjalanan hidup.

Detik hitam bergelar b4nduan satu ketika dulu tidak melunturkan semangat Mohd Fadzrul Hakim Othman, 34, untuk berjaya seperti orang lain.

Buktinya, kini anak kelahiran Kelantan itu mampu meraih pendapatan lumayan kira-kira RM10,000 sebulan hasil usaha tanaman halia Bentong di Kuala Pahang dekat Pekan sejak 2 tahun lalu.

Menurutnya, detik hitam dipenj4rakan selama 4 tahun atas kesal.ahan perg4duhan bersenj4ta sebelum ini tidak menghalang dirinya untuk mencari sumber pendapatan halal sekali gus dapat membantu keluarganya.

“Kisah lama saya lupakan, tapi jadikan ia pengajaran agar tidak ulang kesilapan sama.

“Saya bertuah kerana mendapat sokongan padu ahli keluarga yang tidak ptus asa dan menerima saya sebaik mungkin,” katanya lagi.

Ujar bapa kepada seorang anak perempuan itu lagi, dia mengusahakan ladang dengan keluasan lebih 0.4 hektar secara fertigasi melibatkan 8,000 polibeg.

“Tidak susah untuk jaga tapi ia perlukan k0mitmen tinggi khususnya dalam penggunaan baja dan r4cun serangga.

“Dengan kesedaran dan permintaan tinggi halia Bentong sekarang memang ia memberikan pr0spek cerah buat pengusaha seperti kami dalam meneroka pasaran,” ujar Mohd Fadzrul Hakim.

Katanya, buat masa ini pasaran halia Bentong atau nama saintifiknya, zingiber officinale mendapat permintaan tinggi dan kini mencecah harga RM23 sekilogram di pasaran.

“Buat masa ini saya ada pelanggan tetap dari Selayang, Selangor dan Kluang, Johor dan sejujurnya masih tak dapat penuhi permintaan sedia ada,” ujar Mohd Fadzrul Hakim.

Halia bentong mendapat permintaan tinggi kerana manfaat dan kelebihan untuk kesihatan

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Mohd Fadzrul Hakim yang kini memiliki 2 pekerja tetap berhasrat untuk mempelbagaikan lagi tanaman seperti cili besar, sawi, salad dan kangkung.

“Jangan malu dan takut untuk berjaya, sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya selain berharap masyarakat juga perlu memberikan peluang kepada bekas b4nduan untuk berjaya,” tambahnya.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : Harmagidun

Continue Reading
Advertisement

Trending