ISU SEMASA
Duduki Tangga Pertama Dalam Ujian Perakaunan, Pelajar UiTM ini Cipta Sejarah Dunia & Membanggakan Rakyat Malaysia

Pelajar UiTM cipta sejarah dunia, duduki tangga pertama dalam ujian perakaunan
Banyak bakat-bakat anak muda telah ditonjolkan sehingga menempah nama dipersada dunia. Pada masa yang sama, mereka ini juga telah mengharumkan dan membuat Malaysia dikenali sekali gus.
Baru-baru ini, Malaysia sekali lagi telah dibanggakan dengan kejayaan seorang penuntut UiTM, apabila mendapat skor penuh dalam kertas FA1 Recording Financial Transactions.
Nama tercipta dalam sejarah dunia!
Pencapaian Hakeem Mohammad Akmal, yang berusa 18 tahun ini secara langsung telah mencipta sejarah dunia mendapat tempat pertama bagi subjek itu. Dia memperolehi skor penuh dipeperiksaan yang diadakan pada sesi Julai-Disember 2019 lalu.
Tak pernah ada asas dalam perakaunan
Jelas penuntut program Certified Accounting Technician (CAT), Fakulti Perakaunan UiTM itu, dia tak pernah menyangka akan menerima anugerah The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom.
Kerana sebelum ini, dia tak pernah belajar dan tiada asas dalam bidang perakaunan berbanding pelajar-pelajar lain.
Tukar haluan, nak cuba sesuatu yang mencabar
Menurut Hakeem, dia membuat keputusan untuk menceburi bidang perakaunan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar dirinya sendiri. Sebelum ini, di peringkat sekolah menengah dia mengambil jurusan sains tulen.
Dia juga turut merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang percuakaian di universiti yang sama, memandangkan baginya jurusan ini mempunyai bidang pekerjaan yang lebih meluas.
Antara tips dan nasihat yang dikongsikan oleh Hakeem ialah agar sentiasa kelilingi diri dengan orang yang positif dan rajin. Semoga kejayaan yang dikecapi olehnya ini akan dapat memberikan semangat, motivasi dan inspirasi terhadap anak muda yang lain.
Sumber: Harian Metro
pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.