AGAMA
Doktor Kata Selalu Bersujud Lebih Membuatkan Wajah Berseri Daripada Guna Produk KEcantikan

Doktor Kata Selalu Bersujud Lebih Membuatkan Wajah Berseri Daripada Guna Produk KEcantikan
Lebih Muda Serta Berseri-Seri Wajah seorang wanita Yang Selalu Bersujud Daripada Guna Produk Kecantikan Kata Doktor Sendiri
Kadang-kadang kerana kekangan waktu, kita tergesa-gesa tunaikan solat. Baca surah pendek, rukuk ala kadar dan sujud pun macam kilat. Tapi kalaulah kita tahu betapa banyaknya hikmah sujud tu, tentu ramai yang sanggup berlama-lama, berbisik ayat-ayat cinta pada Maha Pencipta.
Selain kesihatan, salah satu manfaat sujud yang mungkin disukai wanita adalah kesannya untuk kecantikan muka. Baca penerangan doktor ini kepada ulama Pakis tan, Shaykh Zulfiqar Ahmad yang ternyata mengejutkan!
Saya pernah berada di Muzium Udara dan Angkasa Negara, Ame rika Sya rikat milik Institusi Smith sonian, apabila seorang doktor mendekati saya. Dia mula bercakap dengan saya. Dia berkata, Muslim yang melakukan banyak ibadah terdapat sinaran di wajah mereka.
Saya menjawab, ya memang ada, mereka mempunyai cahaya ketakwaan. Doktor itu menjawab bahawa ada sebab kenapa wajah mereka bersinar. Lalu saya pun bertanya apa sebabnya.
Dia menjawab bahawa darah disalurkan kepada organ-organ manusia di bawah jantung dengan mudah, tetapi sukar untuk darah disalurkan bahagian di atas jantung. Itulah sebabnya, kepala tidak mendapat jumlah darah yang patut ia dapat.
Apabila orang-orang Muslim bersolat dan sujud, dalam kedudukan ini kepala dan muka berada di bawah jantung. Ini adalah satu-satunya cara darah dapat membanjiri muka. Apabila kamu sujud lama, kamu dapat merasakan darah di wajah kamu.
Saya menjawab, ya boleh. Dia kemudian berkata, ia adalah peredaran darah setiap hari yang menjadikan muka segar.
Saya fikir sendirian, jika wanita mengetahui perkara ini, dengan bersolat wajah kekal muda, jadi, mereka akan mening galkan krim (solek) dan akan bersegera menunaikan solat.
Dan pada hakikatnya mereka yang beramal soleh, kamu akan melihat cahaya di muka mereka. Bukan saja kesan rohani ada di muka, tetapi juga ada manfaat kepada tubuh.
Hadis riwayat Muslim menyatakan,
“Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.”
Semoga Allah memberi kita taufik untuk meningkatkan (masa) sujud kita, berlama-lama mencium bumi agar doa sampai ke langit tinggi! Norzalina Mohd Alias
Sumber: myinfomaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.