HIBURAN
“Doakan saya istiqamah…” – Hidayah di Mekah, Lisa Surihani Kini Bertudung Sepenuhnya

“Doakan saya istiqamah…” – Hidayah di Mekah, Lisa Surihani sah bertudung sepenuhnya
PELAKON Lisa Surihani berharap agar orang ramai mendoakan agar dia lebih istiqomah dengan imej berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini. Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej. “Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya istiqomah.
“Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan. “Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.
“Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak. Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa.
Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim yang juga anggota KRU pada 23 Februari 2012. Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Artikel terdahulu: Pulang dari umrah, Lisa Surihani tampil bertudung
PELAKON Lisa Surihani mencuri perhatian ramai apabila tampil bertudung pada sebuah acara yang dihadirinya pada Selasa. Difahamkan imej tersebut merupakan penampilan terbaru Lisa selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Yusry Abd Halim dan dua anak mereka baru-baru ini.
Lisa, 33, memuat naik beberapa keping fotonya kertika berada di acara tersebut di laman Instagramnya semalam. Rata-rata peminat dan pengikutnya di Instagram memuji penampilan terbaharu pelakon Istanbul Aku Datang ini selain turut memberi sokongan dan dorongan agar Lisa terus istiqomah.
Lisa yang terharu dengan sokongan para peminatnya itu meminta mereka mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” kata Lisa pada ruangan komen sebagai respon kepada pujian para pengikutnya.
Terdahulu sebelum itu, pelakon Intan ladyana juga memuat naik sekeping gambar yang turut menampilkan Lisa bertudung bersama rakan-rakan baiknya.
sumber: astroawani dan Sinar harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.