GLOBAL
Dengan Skor IQ 142, Budak 3 Tahun Dari Malaysia Ini Menjadi Ahli Mensa UK Termuda Pernah Direkodkan

Budak 3 tahun dari Malaysia dengan skor IQ 142 menjadi ahli Mensa UK termuda pernah direkodkan
KUALA LUMPUR — Seorang kanak-kanak lelaki Malaysia berusia 3 tahun menjadi ahli termuda yang diterima memasuki Mensa, iaitu masyarakat IQ tinggi antarabangsa.
Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua ibu bapanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet – penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.
Menurut laporan Metro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim yang berusia 30 tahun berkata bahawa rahsia kepintaran anaknya adalah pendedahan kepada buku seawal umur 2 tahun. Tambah Anira, anaknya itu mula menyebut perkataan pertama ketika berusia 7 bulan dan apabila berumur 2 tahun, Haryz sudah boleh membaca sendiri buku ceritanya.
Anira dan suami, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, kedua-duanya yang memiliki latarbelakang kejuruteraan sememangnya tidak pernah menyangka bahawa anak mereka memiliki kepintaran sedemikian. “Kami tidak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir kanak-kanak memang begitu. Tapi sebaik sahaja dia mula dihantar ke pusat asuhan, kami diberitahu bahawa keupayaan dirinya melebihi budak lain. Ketika itu kami sedari bahawa dia agak istimewa”, jelas Anira.
Setelah mengetahui akan kepintaran dan kemahiran yang dimiliki anak mereka, pasangan itu kemudiannya telah mencipta satu saluran YouTube dinamakan ‘Little Haryz’ agar ianya dapat memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
Meskipun memiliki IQ yang tinggi namun Haryz masih lagi bersikap seperti kanak-kanak seusianya. “Dia suka lompat pada lopak air, melukis, menyanyi dan semua perkara yang budak seusianya lakukan”.
“Rancangan televisyen kegemarannya merupakan Story Bots dan Numberblocks namun dia lebih gemar berbual dengan orang yang lebih dewasa”. Selain membaca, kanak-kanak pintar berkenaan juga gemar bertanya dan bercakap mengenai angkasa lepas dan juga nombor. Agak mengujakan dan kami akan membantunya dengan memberi keyakinan padanya agar dia dapat berbakti kepada masyarakat di masa akan datang”.
“Apa yang penting adalah Haryz gembira dengan apa yang dilakukannya dan kami akan sentiasa berbangga dengannya tidak kira apa sahaja pencapaiannya”, ujar wanita berkenaan.
Sumber: erabaru.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.