HIBURAN
Datuk Nassier Wahab Telah Kembali Ke Rahmatullah

Datuk Nassier Wahab Telah Kembali Ke Rahmatullah
Pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.
Berita tersebut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga teman seangkatannya dalam industri hiburan tanah air menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.
“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun… Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.
“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya, iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman sosialnya.
“Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya… Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi.”
“Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana,” kata Azizul menerusi hantaran Facebook.
Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.
Allahyarham juga pernah menjadi salah seorang selebriti jemputan untuk membacakan berita Komuniti AWANI, program yang menyampaikan kisah-kisah masyarakat di Astro AWANI.
sumber: awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.