Connect with us

KELUARGA

Dari rumah ‘Flat’ jadi ‘Kondo’. Cikgu ini ubahsuai rumah. Berbeza sangat

Published

on

Dari rumah ‘Flat’ jadi ‘Kondo’. Cikgu ini ubahsuai rumah. Berbeza sangat

Rumah kita (Ateyn Nasuha) yang pertama..rumah apartment, teres tak mampu mahai sgt hehe tp impian tetap ada..

Just sharing ideas to inspired everyone, Alhamdulilah rezeki kami berdua selepas disatukan..

Saya bab deco2 ni mmg suka, ini design dan style yg saya minat..Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna.Pemilihan perabot juga kena selaras dgn kehendak diri samada tema klasik, retro, tradisional atau moden…jangan bercampur

Jgn terlampau bnyk perabot, ikut keluasan rumah, jgn crowded sgt, pastikn ada ruang nk berlari2 berkejar2 dgn isteri .

Bajet? terserah kepada diri sendiri. Total saya renovate rumah tak sampai RM10k (upah pekerja sahaja) kerana barang2 seperti jubin lantai, sinki bilik air, pintu, sliding door dan sebagainya saya beli sendiri, survey di kilang2 jubin.

Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dgn bajet RM250 sahaja berbanding upah org buat sampai RM1k. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri, bila da siap rumah at least ada kenangan manis kita bangunkan rumah ni sama2…baru kita hargai setiap detik masa bersama..

Renovate xsemestinya kena beli perabot atau brg mahal2 dekat kedai yg gempak2…beli kedai bese2 pun blh, dekat eco, mr diy, ikea (tgk brg ada yg berbaloi ada yg tidak) dan lain2…yg penting nmpak mewah, elegan, stylish…

Tak salah kita belanja lebih sikit untuk rumah sendiri nak nampak selesa sebab benda ni permanent, untuk rumah kita juga, nak bagi selesa isteri, anak2 duduk. Kita balik dari kerja penat2 pun masuk rumah sedap mata memandang boleh rehat.

Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit. Bulan ni buat kabinet, 2 bulan lagi buat lain pula…biar brg murah beli kt eco pun boleh tp nmpk mahai dan mewah, kena pandai pilih brg..

Rumah ni 95% sy yg design, isteri sy redho je la cm ne sy design masa buat rumah ni sy xtunjuk pada dia pun, saya tahu da siap br bawa dia masuk umah..Alhamdulilah hajat hati suami ni nk sediakan tmpat tinggal sekaligus harta dan aset buat tulang rusuk tercapai..

Saya doakan pada yang lain yang masih dalam proses membeli rumah dipermudahkan segala urusan..rezeki dari Allah bukan dari tempat kerja atau pun gaji yang bnyk, In Shaa Allah pasang niat yang betul Allah permudahkan usaha kita..

#sat g mesti ramai isteri tag suami masing2..buat para suami maaf ye, kita geng bro

Sebelum dan selepas

Tingkap tu saya tukar buat sliding dan buat tinggi lagi. Dulu berangan nk duduk rumah tingkat atas, tingkat 30 ke. Pastu ada balkoni. Tapi dah umur macam ni takyah la cari tingkat tinggi sangat jadi apa-apa nnti jenuh nk tunggu lif. Satu lagi kalau tiba-tiba nk romantik dengan isteri nak dukung dia masuk rumah jenuh dukung kalau rumah tingkat tinggi sangat. So buat la tingkap tinggi konon ala-ala macam ada balkoni.

Tingkap sy tukar sliding senang, berhabuk pun senang lap, saya tak suka langsir. Rimas langsir-langsir ni, nak-nak lagi kalau masak nanti bau asap pula, habuk lagi tak yah cakap la kalau pasang langsir.

Bilik air ni asalnya kecik je tapi saya besarkn dengan pecahkan tembok belah kanan tu, jadi bilik air nampak panjang. Luas sikit, nak mandi berdua pun muat la. Eh mandikan anak la.

Ni sebelah pintu masuk, ada tempat letak kunci dan board. Board tu untuk letak surat, nota, bil-bil yang wajib kena bayar. Kalau tak bayar kena potong pula. Dua-dua tu beli at IKEA.

Lorong ke arah pintu keluar, kat sini letak gambar kanvas family pula. Family lelaki and perempuan, asal nak keluar je tertengok gambar family…tetiba terdendang lagu. Siti nurhaliza air mata syawal. Nak keluar je nyanyi lagu tu. hehehe

Sofa saya beli dekat kedai perabot biasa-biasa je. Asal nak beli yang jenis pvc tapi sekarang ni musim panas, nanti dah berpeluh melekit lagi. So beli jenis kain, janji comfy. Ruang tempat duduk dia sebenarnya besar dia boleh duduk bersila atas tu. Bukan standard saiz yang setakat boleh duduk je. Memang nak cari jenis tempat duduk besar boleh duduk-duduk baring dengan isteri sambil tengok tv. Sewit angat. Patung bantal dua ekor tu anak murid bagi, nampak tak cikgu hargai hadiah kamu letak dekat ruang tamu tu..heheh

Tengah-tengah bawah tu frame replika cek hantaran, letak situ hari-hari boleh nampak ingat balik susah senang kumpul duit. Baru kita hargai perkahwinan ni, tak ada la gatai nak cari lain

Memandangkan rumah agak kecil, nak beli meja makan pun macam tak ada keperluan lagi, yela dua ketul je, ruang sempit sikit pula tu, jadi kami buat top table dan letak kerusi tinggi makan berdua. Boleh main cak cak belakang tiang and dapur. Nampak tak ruang depan luas macam saya kata tadi biar ada ruang nak berlari-lari nak kejar-kejar dengan isteri hahahah

Sumber : Cikgu Farid Saadul Baharim via majalah minda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending