Connect with us

HIBURAN

Daiso Korea Jual ‘Mesin Basuh’ Cuci Berus Mekap, Memang Unik dan Rare

Published

on

Daiso Korea Jual ‘Mesin Basuh’ Cuci Berus Mekap, Rugi Kalau Tak Beli

Kalau dah namanya perempuan, sudah tentu benda wajib yang korang kena ada adalah barang mekap. Kalau tak suka mekap beria pun, atleast ada produk-produk basic untuk muka seperti foundation.

Jadi tak hairanlah kalau dalam beg mekap korang tu ada juga pelbagai jenis berus atau pun beauty blender yang sering digunakan untuk mencantikkan wajah.

Untuk menjaga kebersihan, korang perlu membersihkan perkakasan mekap tersebut selepas digunakan. Tapi, kami yakin tak semua orang rajin nak membersihkannya.

Menurut dailyvanity.sg, terdapat satu alatan yang katanya digunakan oleh gadis Korea untuk membersihkan berus dan perkakasan mekap. Paling best, harganya sangat murah 3000 KRW bersamaan lebih kurang RM10.70.

Produk ini khabarnya dijual di Daiso Korea. Wah, agak-agak ada tak dekat Daiso Malaysia? Bolehlah pergi cari nanti.

Walau bagaimanapun, terdapat empat perkara yang perlu korang ambil kira sebelum membersihkan peralatan mekap tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

  • 1. Kemaskan bulu berus terlebih dahulu supaya kerja pembersihan dapat menembusi dan mengeluarkan semua kotoran dengan teliti
  • 2. Pastikan korang menggunakan pecuci formula lembut free shampoo untuk tidak merosakkan bulu berus, terutamanya produk mahal yang diperbuat daripada rambut semulajadi
  • 3. Lebih baik jika membasuh menggunakan air yang bersuhu bilik bagi mengelakkan bulu berus gugur. Jangan menggunakan air yang terlalu panas
  • 4. Keringkan berus dengan menggantungkan bulu di bahagian bawah. Jangan sesekali menggantungkannya terbalik kerana air boleh meresap di bawah tempat pemegang dan akan merosakan kayu pemegang tersebut

Kalau korang tengok betul-betul, fungsi alatan pembersih ini sebiji macam mesin basuh sebab ia juga menyediakan saluran untuk mengeluarkan air kotor.

Wah, betul-betul rare produk ni. Kalau pergi Korea bolehlah cari!

Tapi di Daiso Malaysia pun khabarnya ada menjual alatan membersihkan mekap. Cuma versi lain sikit. Seperti yang dikongsi oleh miszrockers.com ini.

So, korang bolehlah cari nanti.. Selamat mencuba!

sumber: remaja.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending