ISU SEMASA
‘Cermin belakang, cermin sisi kiri kanan bahagian penumpang belakang boleh gelap habis’ – Menteri

‘Cermin belakang, cermin sisi kiri kanan bahagian penumpang belakang boleh gelap habis’ – Menteri
Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.
Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70% manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada.
Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.
Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.
Beliau turut memaklumkan, bagi setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 bagi dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun. Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.
Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan via the reporter
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.