VIRAL
Cekyana tak kisah keluar RM500,000 untuk ‘surprise anniversary’ buat suami tercinta

Cekyana tak kisah keluar RM500,000 untuk ‘surprise anniversary’ buat suami tercinta
Membuat kejutan bersempena dengan hari istimewa pasangan kita merupakan antara momen terbahagia yang akan diingati sehingga ke akhir usia.
Lebih-lebih lagi ketika hari ulang tahun perkahwinan yang berlaku serentak dengan hari lahir pasangan. Sudah pasti pelbagai persiapan akan dilakukan untuk mewujudkan suasana ceria buat hubungan suami isteri.
Bilik hotel harga Rm15,000 untuk sambut anniversary
Jadi, usahawan berjaya dikenali sebagai Cekyana yang tular dengan produk rempah Oden Viral Cekyana telah membuat kejutan hari lahir suaminya dan juga hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Cekyana telah mengeluarkan belanja hampir setengah juta demi merealisasikan kejutan tersebut dengan menempah bilik hotel berharga RM15,000 demi suami tersayang, Encik Muhammad Radzif Bin Md Rodi.
Alhamdulilah syukur Ya Allah selesai sudah surprise anniversary 🔥🙈 ..
MashaaAllah cekyana rasa inilah peluang cekyana…
Posted by Cek Yana on Tuesday, 22 December 2020
Beri hadiah jam Rolex & kereta Mustang buat suami
Selain daripada itu, usahawan tersebut turut menghadiahkan jam tangan berjenama Rolex berharga RM80,000 buat suami dan satu lagi kejutan tidak dijangka apabila sebuah kereta Mustang turut menjadi milik lelaki yang paling dicintai.
Menurutnya, Radzif telah lama mengimpikan mempunyai sebuah kereta Mustang dan pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Cekyana berjaya merealisasikan hasrat suaminya.
Masa suami buka hadiah ni dia paling tak sangka dapat Rolex Berharga RM80k ..
Sebab dia tak tahu cekyana shopping bila…Posted by Cek Yana on Tuesday, 22 December 2020
Muat naik ke saluran YouTube
Kejutan demi kejutan itu telah dirangkumkan oleh Cekyana dalam satu video di saluran YouTube dengan tajuk “surprise anniversary by Cekyana” yang pastinya membuatkan warganet tersenyum melihat hadiah yang diberikan kepada suami.
Cekyana pun dapat hadiah cincin berharga RM90,000
Selain daripada itu, bukan hanya suaminya sahaja yang mendapat kejutan, Cekyana juga telah menerima sebentuk cincin bernilai RM90,000 daripada suami sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.
Menerusi temubual pasangan ini di saluran YouTube, Cekyana memberitahu bahawa pada ulang tahun perkahwinan mereka sebelum ini, dia tidak dapat memberikan apa-apa hadiah yang berharga buat suami.
Jadi, pada tahun ini dia akhirnya mampu untuk memberikan sesuatu yang istimewa untuk imamnya itu.
Suami gembira, ucap terima kasih
Radzif juga sempat meluahkan kegembiraan apabila isteri tersayang memberikan surprise yang tidak dijangka olehnya dan mengakui amat menyayangi wanita tersebut kerana bekerja keras dalam melakukan segala hal termasuklah kejutan istimewa ini.
Di akhir perkongsian Cekyana di YouTube, dia memaklumkan telah menghabiskan hampir Rm500,000 untuk kejutan hari ulang tahun perkahwinan dan hari lahir suaminya yang berlangsung pada 22 Disember 2020 yang lalu.
Cekyana juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para staf dan juga teamnya yang sama-sama bertungkus-lumus membantu menjayakan kejutan yang sangat istimewa buat dia dan suami.
sumber: ohmymedia
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.