Connect with us

INFORMASI

Cara Termudah Tanam Pokok Jambu Madu Guna Keratan Ranting

Published

on

pokok jambu madu

Cara tanam pokok jambu madu paling mudah, kerat ranting dan semai

“Pokok jambu madu antara pokok buah yang selalu ditanam keliling rumah. Jika ada pokok yang elok hasilnya dan berhajat untuk tanam”,”articleBody”:”Pokok jambu madu antara pokok buah yang selalu ditanam keliling rumah.

Jika ada pokok yang elok hasilnya dan berhajat untuk tanam lebih banyak pokok jambu jenis ini boleh guna cara ini. Semai guna keratan saja, caranya mudah dan langkahnya dikongsi oleh saudara Pyan Sempoi. Kaedah ini membolehkan kita dapat banyak anak pokok. Alang-alang cantas ranting boleh semai sekali.

Cara semai keratan pokok jambu madu

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut\/muda & tidak terlalu tua.

2. Potong dan buang pucuk\/daun\/duri, sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun yang ditinggalkan ini. Rendam seketik dalam air penggalak akar.

pokok jambu madu

3. Cucuk ranting ke media yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam dan masuk dalam bekas. Padatkan media di sekeliling keratan supaya tak bergoyang.

4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa yang sesuai. Saya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar.

pokok jambu madu

5. Siram sedikit saja jika media nampak dah kering. Waktu siram buka sungkup kemudian tutup semula.

6. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil. Ini adalah hasil pokok jambu madu yang disemai guna keratan. Selain pokok jambu madu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pokok limau kasturi. Langkahnya sama saja.

pokok jambu madu

Sumber: Pyan Sempoi via vanila kismis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending