Connect with us

PETUA

Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur

Published

on

tanam tembikai

Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur

Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur

Cara mudah tanam Tembikai depan rumah (Step by step) yang dikongsikan oleh Keas Evox melalui videonya di bawah.

  1. Pilih benih dari buah yang matang atau beli benih dari kedai pertanian.
  2. Benih dari buah segar mesti berwarna coklat gelap atau hitam. Jangan guna benih yang berwarna putih kerana ia tidak akan tumbuh.
  3. Keringkan biji benih tembikai dari buah yang fresh selama beberapa hari di tempat yang panas dan kering tanpa terkena sinaran terus cahaya matahari. Benih dari peket boleh terus ditanam.
  4. Semai biji benih diatas tanah semaian dengan campuran pasir dengan kedalaman lebih kurang 1/2 inch. Benih lambat tumbuh jika ditanam terlalu dalam.
  5. Tutup tapak semaian dengan daun kelapa atau net hitam sehingga cahaya tidak mengenai medium tanaman. Basahkan medium sekali sekala selama seminggu.
  6.  Buang daun kelapa apabila benih mula bercambah. Biasanya benih mula tumbuh lebih kurang seminggu.
  7. Pindahkan benih ke lubang (lihat video dibawah) selepas mempunyai 4 helai daun. Guna tanah kompos.
  8. Pastikan akar benih tembikai tidak putus. Digalakan 2 anak pokok sahaja dalam satu lubang.
  9. Wajib siram setiap hari, dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan
  10. Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar lebih kurang 1 bulan keatas
  11. Guna baja urea atau baja tinggi yang nilai Nitrogen. Saya cadangkan guna baja organik kerana ia kurang power dan selamat
  12. Baja dalam jumlah satu sudu kecil baja urea sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja 3 inch dari pangkal pokok tembikai.
  13. Baja pokok seminggu sekali selepas menyiram.
  14. 1Apabila pokok tembikai start mengeluarkan buah, kerapkan menyiram untuk buah cepat membesar.
  15. Masa tebaik menanam terbikai adalah pada musim panas yang tiada hujan.
  16. Jangan mengalah jika gagal kali pertama. Cuba lagi hingga berjaya.
  17. Sila tinggalkan komen di bawah jika ada soalan. Jangan malu2 jangan segan2
  18. Selamat mencuba dan semoga berjaya

Kredit: Keas Evox via myinfoberita

5 Khasiat Tembikai Untuk Kesihatan, Ada Sebab Nabi Sarankan Makan Dengan Buah Kurma!

Patutlah buah tembikai menjadi salah satu buah kegemaran Nabi SAW. Banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita. Buah tembikai atau semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” merupakan buah kegemaran Rasulullah s.a.w. Baginda sangat menyukainya malah menyarankan para sahabat agar memakan buah tembikai bersama kurma.

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, “Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu” (Shahih Bukhari : 5614)

Dari Aisyah R.A,”Rasulullah s.a.w pernah makan “Al-biththikh” dengan kurma segar, seraya bersabda,” Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai”

Aisyah R.A menceritakan bahawa : Rasulullah SAW suka makan Semangka dan Rutob (kurma masak). (HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)

Tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini baik untuk mencuci perut dan menghindarkan penyakit. Buah tembikai lebih mudah hadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Oleh itu, tembikai boleh digunakan untuk menyejukkan badan ketika badan rasa panas. Tetapi jika sejuk kita lebih baik makan halia untuk mencegah buruk kesejukkan itu kepada badan.*(1)

Tembikai sepatutnya dimakan sebelum makan makanan berat seperti nasi. Antara kelebihan ia dimakan dahulu kerana ia menghilangkan loya. Kajian perubatan juga menunjukkan makan tembikai sebelum makan makanan berat, akan mencuci perut dan menghindarkan penyakit.*(2)

5 Khasiat Buah Tembikai

tembikai

1. Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Makanlah buah tembikai, secara amnya ia membantu badan melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit & Rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A yang diperlukan setiap hari.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amalkanlah makan buah tembikai selalu, bukan sahaja ia sunnah, buah kegemaran Nabi SAW malah banyak khasiatnya untuk kesihatan.

Sumber:

*Diterjemah daripada buku “Healing with the Medicine of the Rasulullah S.A.W by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziah

via mingguan wanita

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending