INFORMASI
Cara Menanam Bawang Merah Sendiri

Bawang Mahal Sangat, Baik Di Tanam Sendiri Kalau Nak Berjimat. Ni Caranya!
Melihat harga pasaran untuk bawang merah pada hari ini memang cukup tinggi harganya. Hal ini merunsingkan fikiran, apatah lagi jika kita selalu memasak menggunakan bawang merah dalam ramuan. Tentu akan lari bajet untuk belanja dapur dibuatnya.
Jadi sebagai satu langkah untuk berjimat, apa kata kita cuba untuk menanam sendiri bawang merah di laman rumah. Andai tidak tahu caranya, ini dikongsikan langkahnya untuk info bersama.
Jom semak perkongsian ini.
TANAM SENDIRI BAWANG MERAH
Nisbah media tanam:
- Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
- *Pasir =2 bahagian campur tanah berkebun=1bahagian.
- Tanam di tempat terbuka.
- Musim panas,siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dalam 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
- Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
- Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
- Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
- *Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna.
sumber : Azlina Mat Lazim via keluarga.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.