RESEPI
Step-by-step: Cara Buat Nasi Tomato Simple Tapi Sedap Macam Kenduri

Step-by-step: Cara Buat Nasi Tomato Simple Tapi Sedap Macam Kenduri
Step-by-step: Cara Buat Nasi Tomato Simple Tapi Sedap Macam Kenduri
“Alahai , rasa teringin pulak nak makan nasi tomato. Tapi mana nak cari? Agak-agak kalau buat sendiri susah tak?”
Asyik makan nasi biasa je, sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato kan? Tapi kalau bukan dekat pasar malam atau rumah kenduri, susah juga nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa.
Apa kata kita cuba buat sendiri nasi tomato di rumah. Sebenarnya tak susah mana pun. Resepi yang dikongsikan oleh Puan Reen ini cukup simple. Katanya dia turut sama ajarkan resepi ini pada anaknya yang request nak makan nasi tomato sebelum ke asrama. Alhamdulillah memang mudah.
Jom kita tengok resepinya dengan lengkap di bawah.
RESEPI NASI TOMATO MUDAH & SEDAP MACAM KENDURI
Mula-mula kita tengok cara nak masak nasinya dulu. Resepi ini saya belajar dari Puan Mariana Zainal dan saya olah semula.
Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan.
A. RESEPI NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN
- 5 cawan beras biasa / beras Basmathi
- 5 cawan air
- 4- 5 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 10 kuntum bunga cengkih
- 4-5 biji buah pelaga
- 1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
- 2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu besar gula
- 1/ 2 sudu besar garam
- 3-4 helai daun pandan di simpul
- 3 sudu besar tomato puri
- 4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)
- Kismis untuk hiasan (saya tak letak)
2 biji bawang besar* - 8 ulas bawang putih*
- 2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA-CARA
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang.
Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
- Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
- Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa
- Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
- Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.
- Kalau buat nasi tomato, pasangannya dah tentulah ayam masak merah kan. Memang favourite lauk ni, makan dengan nasi putih biasa pun sedap.
Jom kita tengok pula resepi ayam masak merah ala kenduri di bawah ini.
B. RESEPI AYAM MASAK MERAH
Resepi ayam masak merah pun mudah sangat. Resepi asal oleh Puan Salimah Olie.
Ini senarai bahan dan cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
- 3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
- 4-5 ulas bawang putih*
- 1 1/2 inci halia*
- 3-4 senduk cili kisar
- 5 sudu besar sos cili
- 2 biji tomato
- 2 batang serai – diketuk
- 1 kulit kayu manis
- 3 bunga lawang
- 5 buah pelaga
- Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA-CARA
1. Goreng Ayam
- Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng.
- Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
- Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
- Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
- Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.
- Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Last sekali, sediakan pula acar timun untuk menyedapkan lagi hidangan nasi tomato ni. Makan pun krup krap krup krap, lagi layan.
C. ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN
- Lobak merah
- bawang merah
- Timun
- Cili
- Gula & Cuka Secukupnya
CARA-CARA
1. Hiris
Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang. Ada yang suka nipis ke tebal, ikut citarasa sendiri. Nak bentuk dadu pun boleh bagi senang masuk mulut. Terpulanglah ya.
2. Perasakan
Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut tekak masing-masing. Siap!
BUAT SENDIRI MEMANG PUAS HATI
Bila dah siap, bolehlah hidangkan terus untuk dimakan panas-panas. Nak taburkan bawang goreng atau hiaskan dengan daun sup ke, bagi cantik dan lebih menyelerakan.
Serius puas hati dan jimat kalau buat sendiri nasi tomato di rumah. Satu keluarga boleh makan ulang-ulang dari siang sampai malam. Sedap!
Jadi apa lagi, cubalah resepi nasi tomato ini di rumah nanti ya.
*Resepi nasi tomato ini dikongsikan oleh Puan Reen menerusi Facebook. Ia telah disuntign dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal di SINI.
sumber resepi : Resepi nasi tomato via siraplimau
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah