HIBURAN
Bob Lokman Mohon Sumbangan Orang Ramai

Pencipta lagu popular Taman Rasyidah Utama, Bob Lokman Mohon Sumbangan Orang Ramai
Pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik yang pernah mewarnai industri tanah air, Bob Lokman, 57, merayu sumbangan orang ramai untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator) bagi mengawal degupan jantung beliau.
Katanya, pembedahan akandijalankan lebih kurang sebulan dari sekarang dengan kos mencecah RM60 ribu ringgit.
Sebelum ini, Bob pernah dikejarkan ke hospital akibat rebah ketika menyertai siri jelajah kuliah agama di Kelantan dan Terengganu, awal tahun lalu.
Assalamualaikum. Saya Bob Lokman (pesakit jantung) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia -Jumaat 27 Nov 2020.
Memohon rayuan derma ikhlas tuan-tuan dan puan-puan untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator). Sejenis alat untuk mengawal degupan jantung. Pembedahan + – sebulan dari sekarang. Kosnya sekitar 60 ribu.
Maybank
162348359386
Relawati BT Daud (Isteri saya)
Maybank
564490211159
Muslim Care Malaysia
Terima Kasih.
019 282 5555 Bob Lokman
019 385 3535 Puan Lela
019 251 8771 Hj Zul Wahijan
Bob Lokman masuk hospital
PELAWAK dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang.
Menerusi tulisan Dr Riduan Mohamad Nor yang dikongsi akaun Facebook Besut Berkat Sejahtera, Bob sedang dalam aktiviti jelajah (roadshow) kuliah di Terengganu sebelum dirujuk ke hospital.
“Jasadnya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UiTM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.
“Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.
“Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang. Setiap kali melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang,” tulisnya.
Menurutnya lagi, berita berkenaan keuzuran Bob tersebar di media sosial dan sehingga kini ramai rakan datang melawat.
“Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob,” katanya.
Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung.
Menurut Dr Riduan lagi, Bob mengalami masalah kewangan dan memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak yang prihatin.
“Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.
“Isteri Bob tidak bekerja, tanggungannya ramai dan saya terkenangkan Bob yang turut dikerah ke mana saja untuk berceramah jika jasadnya sihat. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban keluarga kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.
Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.