Connect with us

KELUARGA

Bini Baru Bersalin Suami Melepak Dengan Kawan Kawan Sampai Subuh, Balik2 Isteri Dah Meninggal

Published

on

Bini Baru Bersalin Suami Melepak Dengan Kawan Kawan Sampai Subuh, Balik2 Isteri Dah Meninggal

Orang kata bertuah dapat seorang isteri sporting dan memahami, kerana tidak kisah si suami pulang lewat sebab melepak bersama rakan-rakan. Namun, ramai yang tidak bersetuju dengan senario sebegitu.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Lily menerusi Tweetnya telah menceritakan kisah rakan kepada abangnya yang kehilangan isteri, sejurus pulang daripada melepak. Untuk mengetahu kisah disebaliknya, sila ikuti thread ini…

Isteri baru beranak suami lepak sampai subuh, balik2 isteri dah meninggal

Cuba kejut isteri tapi dah tak bernyawa, anak baru lahir menangis sebab lapar sangat

Dia tanggung rasa bersalah sampai ke hari ini, bila orang tanya dia tak tahu nak jawab apa sebab takde masa bini tengah sakit

Jawab tak tahu, sebab takkan tergamak nak bagitahu ‘saya lepak sampai subuh’

Boleh pergi melepak, tapi kena la ingat keutamaan pada keluarga bila dah jadi suami

Si suami tak boleh jawab bila orang tanya sebab apa bini meninggal, kerana tiada di rumah masa tu

Kejadian dua tahun lepas…keputusan post mortem baru tahu isteri meninggal sebab lemah jantung, sekarang anak pun dah besar umur dua tahun

Tak elok tinggalkan isteri baru lahir sorang2

Tweet gadis tersebut yang kini sudah tular telah mendapat hampir 44 ribu Retweet, menerima pelbagai reaksi netizen yang mengkritik sikap segelintir suami yang sering pulang lewat ke rumah demi berjumpa rakan-rakan.

Jangan sampai isteri tersentuh hati dengan suami…

Dah kahwin tu tinggalkan lah perangai zaman bujang

Jangan ingat kahwin sebab nak seronok jer, banyak tanggungjawab lain

Bukan tidak boleh kita sebagai suami ada masa untuk diri sendiri, namun sebagai ketua keluarga sudah menjadi keutamaan untuk sentiasa mengutamakan isteri serta anak-anak. Semoga, kisah ini menjadi iktibar buat semua suami di luar sana.

Sumber : Lily via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending