Biar orang nampak tak kaya asalkan ada ruang untuk keluarga hidup selesa

Biar Nampak Tak Kaya, Tetapi Ada Ruang Yang Baik Buat Keluarga!

Mengambil pengajaran daripada apa yang kita semua lalui sepanjang laksanakan PKP ini, elok juga kita fahami daripada perkongsian Dr. Azizul Azli Ahmad.

Apa yang kita belajar dari PKP ini adalah.

1. Sediakan sebuah rumah yang selesa buat keluarga. Selesa itu bukan bermakna mewah.

2. Benar, tidak semua orang ada kemampuan. Tetapi marilah kita utamakan kediaman dulu bila mula bekerja dari kenderaan.

3. Ada banyak saya jumpa penghuni rumah kecil, tetapi kereta mereka 2 kali ganda harga kediaman .

Rumah kos rendah RM50,000 tetapi kereta RM100,000 didepan rumah. Bukan satu tetapi lebih.

4. Kita tak tahu bencana apa lagi akan ada masa depan, kita perlu banyak masa dalam rumah berbanding kenderaan.

5. Kajian hayat usia menyatakan 80% jangka hayat manusia dihabiskan dalam ruang dalaman bukan luar kediaman. Hanya 20% usia kita dihabiskan diluar rumah.

6. Belilah sebuah rumah yang selesa buat keluarga kita, biar mereka rasa selamat dan selesa tinggal didalamnya.

Biar nampak tak kaya dan berjaya, tetapi ada ruang yang baik buat keluarga kita rehat dan solat bersama.

Utamakan Yang Utama

sumber : Azizul Azli Ahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 937 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan