Connect with us

KESIHATAN

Betulkah Paru-paru berair sebab mandi malam? Baca ulasan doktor pakar Raspirotori.

Published

on

Betulkah Paru-paru berair sebab mandi malam? Baca ulasan doktor pakar.

Ramai yang bertanya, betul ker Dr, kalau kerap mandi malam nanti paru paru masuk air?

Saya senyum , nnti tanyalah abang saya. Dia suka mandi malam . Sampai sekarang dia sihat, dah pencen lama dah abang saya ni. Tak pernah pulak xray dia tunjuk ada air dalam paru paru. Kulit kita kan water proof / kalis air? Macam mana air nak masuk? Air peluh keluar tu ada lah. Itu pun sebab ada liang peluh.

Habis tu macam mana air masuk paru paru?

Ok dengar sini Dr nak cerita. Air di dalam peparu jika berkumpul, ia akan berada di ruang pleura, iaitu antara lapisan pleura dalam dengan pleura luar. Dari mana datangnya air ini?

Paru paru memerlukan cecair yang melincirkan pergerakan semasa paru paru mengembang dan menguncup. Terdapat pergeseran antara dua lapisan pleura luar dan lapisan pleura dalam semasa proses ini berlaku. Cecair pelincir ini dipanggil cecair pleura. Ia dihasilkan setiap masa oleh lapisan pleura luar dan diserap oleh lapisan pleura dalam.

Jika terdapat jangkitan kuman iaitu pneumonia atau tb paru-paru, atau terdapatnya ketum buhan atau kan ser, maka aliran cecair untuk penyerapan ke lapisan pleura dalam akan tersekat. Ini lah yang menyebabkan pengumpulan cecair di ruang pleura. Lihat rajah dan imej xray.

Antara penyebab lain ialah kegagalan jan tung dan masalah buah ping gang. Tetapi ini disebabkan ketidakseimbangan pada tekanan osmotik / onkotik salurdarah ataupun kekurangan protein albumin dalam da rah.

Tak ada kaitan dengan mandi malam kan? Kalau kaitan dengan rokok tu adalah, sebab rokok meninggikan ri siko jang kitan pneumonia, tb dan juga terkena kan ser.

sumber; Dr Che’ Wan Aminud-din Hashim

Fakta atau auta… Mandi malam bukan punca paru-paru berair?

Paru-paru berger atau pneumonia merujuk kepada air berkumpul di dalam paru-paru yang berpunca daripada pelbagai keadaan.
Ia juga dikenali sejenis penyakit radang paru-paru dan berpunca daripada jangkitan oleh bakteria, virus, fungus atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru.

Bagaimanapun orang selalu mengaitkan kononnya mandi malam akan menyebabkan paru-paru berair. Namun persoalannya benarkah tabiat mandi malam boleh menyebabkan paru-paru basah?

Sehingga kini tidak ada bukti penyelidikan saintifik yang membuktikan mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Udara malam cenderung menjadi lebih sejuk, namun paru-paru berair hanya boleh disebabkan oleh jangkitan atau penyakit lain yang mungkin pernah dialami sebelum ini.

Pada waktu malam, suhu udara cenderung menjadi lebih sejuk. Ini meningkatkan risiko jangkitan paru-paru kerana udara sejuk dapat membuat saluran pernafasan anda kering sehingga lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Tetapi faktor ini sahaja tidak mencukupi untuk membuat seseorang mengalami jangkitan paru-paru.

Terdapat banyak faktor lain yang terlibat. Sebagai contoh, daya tahan tubuh dan sejarah penyakit sebelum ini. Hakikatnya mandi malam terbukti bermanfaat dan salah satu kebaikannya dapat membuatkan anda tidur lebih nyenyak. Selepas satu hari aktiviti, percikan air dapat memberi kesan segar sehingga menjadikan tubuh dan minda anda relaks. Sejurus selepas mandi, anda akan berasa sensasi sejuk, sensasi sejuk inilah yang mendorong anda untuk masuk tidur.

Mandi pada waktu malam juga membantu meningkatkan peredaran darah untuk mengekalkan suhu badan yang ideal. Pendedahan kepada suhu sejuk juga boleh mencetuskan sistem pendarahan untuk mengurangkan keradangan dalam badan. Di samping itu, mandi malam juga boleh membantu mencegah jerawat dan masalah kulit yang lain.

Selepas satu hari aktiviti, tubuh anda mesti dipenuhi dengan peluh, debu dan bakteria, jadi dengan mandi malam, sekurangnya apabila anda tidur, tubuh anda lebih bersih.

sumber: freemalaysiatoday

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending