Connect with us

INSPIRASI

Berjaya Turunkan Dari 124kg Ke 46kg, Gadis ini Kongsi Tips Diet Yang Diamalkan

Published

on

Dari 124kg Gadis Ini Hilang 46kg, Amalkan Lebih Makan Buah Dan Sayur Sepanjang Tempoh ‘Diet’

Sembang saja pasal berat badan, pasti ada golongan yang akan terasa hati. Ye, soal berat badan janganlah buat main-main, ada yang boleh dapat tekanan daripada masalah tersebut.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang gadis yang berusia 23 tahun ini yang mempunyai semangat untuk turunkan berat badannya dari 124 kilogram kepada berat ideal BMI.

Gadis ini berkongsi pengalaman dan cara pengambikan makanan yang dilakukannya sepanjang awal tahun 2019 hinggalah untuk mencapai berat ideal iaitu 62 kilogram.

“Doakan saya supaya berjaya capai BMI yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya …”

Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.

Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam ‘runningman’ tu.

Katanyalagi semasa dihubungi, pada tahun 2016 beratnya adalah 124 kilogram dan dia berjaya turunkan sebanyak 34kg selama 8 bulan.

Permulaan saya start nak kurangkan berat badan akhir tahun 2016 selepas saya ambik stpm. Berat masatu 124kg. Lepastu sementara saya tunggu keputusan UPU untuk smbung belajar, saya tekad nak kurangkan berat badan sebab tengok kawan-kawan yang di universiti aktif sangat dekat U diorang.

Saya terpikir kalau nak macam diorang saya kena ubah diri. Lepas tu dalam masa 8 bulan saya dapat kurangkan 124-90 kg.

90kg tu saya sangkut hampir setahun mungkin dah dapat masuk U kan, sementara nak adapt dengan keadaan sekeliling. Lepastu jumpa makanan macam-macam pulak.

Perjalanan 90 ke 78 sekarang ada naik turun. Kadang naik kadang turun. Kadang sangkut situ ja.

Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.

  • Berat asal : 124kg
  • Berat 2019(tiada gambar) :88kg
  • Berat sebelum pkp(Feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sangat)
  • Berat sekarang :78kg
  • Berat target : 62kg
  • Tinggi saya :165cm

Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih.

Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)#

Dugaan paling besar saya rasa tekanan dari diri sendiri…

Saya suka makan, saya suka memasak. Tapi dalam masa yang sama saya ada cita-cita dan impian dari kecil yang teringin sangat saya nak capai. Nak tak nak saya kena kuat usaha. Ada rezeki tak, tu semua dari Allah. Saya hanya mampu doa dan usaha yang terbaik.

Lagi satu dari keadaan sekeliling laa. Sebelum ni masa saya 124kg tu saya tak kisah orang nak body shaming ke apa. Tapi sekarang kan tengah usaha, bila ada suara-suara tu rasa macam, ya sabar laa aku tengah usaha ni, bukan senang.

Tapi saya positifkan balik, tu sebenarnya pembakar semangat dan peringatan untuk saya teruskan semua ni.

Contoh cara pemakanan saya.

1. Kalau dirumah;

  • Pagi : air kosong + buah (selalunya apple hijau)
  • Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sebab minyak boleh lap pakai tisu tapi sekarang boleh guna airfryer)
  • Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt.

Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25 kg berat badan) ini paling penting sebab memang kenyang. Wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)

2. Kalau di hostel:

  • Pagi : Minum teh hijau + air kosong + jacob yang ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
  • Tenghari : Buah/roti (sebab tak sempat kejar nak masuk kelas)
  • Petang merangkap malam: roti+sayur+protein+buah+yogurt

**air yang cukup

**susu yang saya ambil : omega/ susu skim

3. Ni rutin normal saya. Sebelum PKP dan puasa

  • -saya betul2 lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku-suku separuh.
  • -sebelum saya try diet saya detox badan. Minum air detox (lemon + limau nipis + halia + serai)
  • -Kadang2 saya suka rebus air halia dan serai.
  • -Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut.
  • – ya saya ada exercise. Awal2 dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. PKP ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya byk aktiviti fizikal macam brgerak ke kelas.

** semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nk taknak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.

Terima kasih semua. Doakan saya ya.

Tapi kalini inshaaAllah saya tekad, hikmah PKP saya belajar online di rumah, azam saya nak capai BMI normal, perlu dapatkan berat lebih kurang 62kg.

Sumber: Ku Nur Zawani via siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending