Connect with us

INSPIRASI

Berjaya Mengembangkan Islam Di Jepun, Pendkawah Ini Meninggal Sehari Sebelum Ramadhan

Published

on

Islam Di Jepun

Berjaya Kembangkan Islam Di Jepun Dan Bina Masjid Sendiri. Meninggaal Sehari Sebelum Ramadhan, Pemergiaan Pendakwah Ini Mendapat Perhatian Ramai

Baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergi4n tokoh ulama’ Ustaz Abu Hassan Din, kini terima pula khabar berita pemergian seorang tokoh muslim warga Jepun yang telah memberi banyak sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di Jepun.

Islam Di Jepun

Diberi nama Mahdy akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Beliau juga amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi penduduk muslim disana.

Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya warga Jepun yang berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang dikenali sebagai masjid Niihama.

Islam Di Jepun

Mendapat hidayah ketika berusia 19 tahun untuk menganut islam, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di sekolah pondok yang terletak di Kuala Selangor.

Seterusnya, beliau menyambung lagi pengajian sehingga ke Mesir, menjadikan dirinya sebagai salah seorang pendakwah paling awal membantu mengembangkan Islam di Jepun.

Islam Di Jepun

Malah kebanyakkan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbangan daripadanya untuk memeluk Islam, membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.

Islam Di Jepun

Selain dari berdakwah, beliau juga mempunyai minat dalam sukan badminton dimana dia turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber:soyalemon via apacerita.press

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending