Connect with us

ISU SEMASA

Bekalan akhirat mngsa MH17

Published

on

Masjid Al-Ghazali memiliki kapasiti 450 jemaah dibina menggunakan bayaran pampasan diterima waris enam sekeluarga yang trkorbn dalam trgedi pesawat MH17, empat tahun lalu

KUCHING: Pembukaan Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo, Petra Jaya, di sini pada malam kelapan Ramadan semalam membawa makna tersendiri kepada waris enam sekeluarga dari bandar raya ini yang trkorbn dalam trgedi pesawat MH17, empat tahun lalu.

Ia yang memiliki kapasiti 450 jemaah dibina menggunakan bayaran pampasan diterima waris mereka, malah turut sebagai memperingati enam sekeluarga itu.

Selain ruang solat utama, sumber memberitahu, masjid berkenaan yang menampilkan reka bentuk Islamik moden turut dilengkapi ruang solat jemaah wanita, blok tandas, tempat wuduk, bilik pejabat dan ruang parkir kenderaan.

Capai persetujuan bersama

“Waris terdekat mencapai persetujuan bersama agar wang pampasan dimanfaatkan bagi tujuan wakaf, termasuk bagi membiayai kos pembinaan masjid baharu ini.

“Diharapkan wakaf ikhlas ini dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga. Semoga Allah merahmati keluarga ini,” katanya.

Jemaah menunaikan solat Tarawih di Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo, Petra Jaya, malam tadi. – NSTP/Hazreen Mohamad

Pembukaan Masjid Al-Ghazali dimulakan dengan majlis berbuka puasa, disusuli solat Maghrib dan Isyak, seterusnya solat Tarawih berjemaah. – NSTP/Hazreen Mohamad

Pembukaan Masjid Al-Ghazali dimulakan dengan majlis berbuka puasa, disusuli solat Maghrib dan Isyak, seterusnya solat Tarawih berjemaah.

Malah, pembukaan masjid itu sempena Ramadan juga cukup simbolik kerana tragdi itu, yang mencatat sejarah hi tam dalam industri penerbangan dunia, berlaku pada 17 Julai 2014 bersamaan hari ke-19 umat Islam berpuasa ketika itu.

Dalam kejadian itu, jurutera petroleum, Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, trkorbn selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditmbak jatuh di Donestk, Timur Ukraine.

Ketika kejadian, Tambi sekeluarga yang berasal dari bandar raya ini dalam penerbangan pulang dari Astana melalui Amsterdam untuk meraikan Aidilfitri di tanah air, seterusnya berpindah tugas ke Kuala Lumpur selepas menamatkan perkhidmatannya selama tiga tahun di Shell Kazakhstan.

Trgedi itu turut mngorbnkan 292 penumpang dan anak kapal lain penerbangan itu.

Semoga arw4h dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. amin.. Al-fatihah

sumber: beritaharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending