Connect with us

SEMAKAN & PERMOHONAN

BPR 2021 – Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Published

on

Bantuan Prihatin Rakyat adalah merupakan bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 sepertimana bantuan BSH sebelum ini dengan penurunan had umur permohonan kepada 21 tahun (bujang) berbanding sebelum ini 40 tahun keatas

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan tersebut adalah;

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.
  • Jumlah Bayaran BPR 2021

Jumlah BPR pula adalah seperti berikut:

GOLONGAN JUMLAH BANTUAN

  • ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG) RM1200
  • ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1800
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG) RM800
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1200
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG) RM500
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM750
  • BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH (BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS) RM350

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran akan dilakukan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada April atau May 2021.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://bpr.hasil.gov.my

Bagi penerima BSH dan BPN 2.0, anda cuma perlu membuat kemaskini sahaja. Caranya adalah dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

SOALAN LAZIM DAFTAR MyBPR

Semasa membuat pendaftaran MyBPR, saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab Soalan Keselamatan lebih dari 3 kali.

Akaun anda telah disekat. Sila ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk tindakan lanjut”. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya akaun BPR anda telah disekat, anda boleh menghubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BPR.

Selepas akaun BPR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat.

Saya telah berjaya daftar MyBPR, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBPR. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan
    adalah seperti berikut:
  • a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) Dikeluarkan oleh:
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • b) Klik Butang Semak
  • c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan
    betul
  • d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
  • e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atau

Cara Permohonan dan pendaftaran baharu BPR 2021

Untuk permohonan baharu, anda boleh klik link https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Masukkan maklumat pemohon

Isikan semua maklumat yang diminta pada borang permohonan anda. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data BPR atau tidak.

Masukkan dokumen sokongan

Muat naik /hantar dokumen sokongan anda melalui fungsi yang disediakan oleh BPR. Dokumen sokongan yang boleh dihantar adalah;

  • – Sijil kahwin
  • – Sijil cerai / kematian pasangan
  • – Pengesahan pasangan
  • – Pengesahan Bank

Kemudian isikan maklumat wakil jika mempunyai wakil, dan letak tiada wakil jika tidak ada.

Pengesahan dan hantar

Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan klik hantar jika semuanya betul.

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Semakan boleh dilakukan dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan no kad pengenalan dan katalaluan anda.

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.

Bilakah ianya diperkenalkan?

Ketika pembentangan bajet 2021

Adakah perlu membuat permohonan baharu?

Bagi penerima BSH dan BPN, tidak perlu membuat permohonan baru. Cuma perlu kemaskini sahaja.

Berapakah bantuan yang akan diberi kepada keluarga dan juga bujang?

RM350

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari https://bpr.hasil.gov.my/

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

E-mel: bpr@treasury.gov.my

Continue Reading
Advertisement

Trending