KESIHATAN
Bagus Untuk Air Ketuban, 7 Sebab Ibu Mengandung Kena Minum Air Kelapa

Bagus Untuk Air Ketuban, 7 Sebab Ibu Mengandung Kena Minum Air Kelap
“Aduh, rasa letih je sejak mengandung ni. Betul ke orang kata banyak khasiat air kelapa untuk ibu hamil ye?”
Bila mengandung, dah tentu ramai yang lebih berhati-hati dan akan memilih makanan yang terbaik demi kesihatan ibu serta kandungan. Kita selalu dengar pelbagai ‘keajaiban’ yang dikaitkan oleh air kelapa untuk ibu mengandung. Tapi, semua ni betul atau sekadar mitos?
Sebenarnya, ada beberapa kajian yang telah membuktikan khasiat air kelapa untuk ibu hamil. Namun, ada juga mitos yang tak benar. Berikut adalah antara khasiat air kelapa untuk ibu mengandung yang patut anda tahu.
KHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG
1. MELANCARKAN PENYINGKIRAN AIR KENCING
Air kelapa mengandungi pelbagai sumber mineral seperti potassium dan magnesium yang membantu melancarkan penyingkiran air kencing. Ini dapat membantu ibu membersihkan saluran usus daripada toksin di samping menghalang pembentukan batu karang atau jangkitan dan seterusnya mengurangkan risiko bersalin pramatang.
2. MINUMAN TENAGA SEMULAJADI
Simptom mual, muntah, atau cirit-birit boleh menjadikan ibu mudah letih akibat dehidrasi.
Elektrolit semulajadi yang terkandung dalam air kelapa seperti sodium, kalsium, potasssium dan fosforus sedikit sebanyak dapat mengimbangi pH tubuh serta tekanan darah.
Secara tidak langsung, ia juga membantu mengembalikan tenaga dan fungsi pada otot.
3. MENYEJUKKAN BADAN
Biasanya, ibu mengandung selalu terasa panas dan tak selesa sepanjang mengandung kan? Dengan sifat sejuk yang dimiliki oleh air kelapa, ibu dapat berasa lebih segar dan mengawal rasa panas pada badan akibat perubahan hormon.
4. MELEGAKAN PEDIH ULU HATI, SEMBELIT & MASALAH PENCERNAAN
Kaya dengan serat, air kelapa membantu ibu memerangi rasa pedih ulu hati, sembelit atau ketidakhadaman yang kerap berlaku akibat perubahan hormon dengan meneutralkan kandungan asid dalam perut.
5. MENINGKATKAN IMUNITI
Kandungan vitamin, mineral serta antioksidan dalam air kelapa mampu meningkatkan kekuatan pertahanan badan secara semulajadi. Asid laurik yang terkandung di dalam air kelapa turut terbukti membunuh bakteria dan jangkitan seperti flu di samping mengekalkan bakteria baik.
6. MENGEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM
Air kelapa adalah rendah kalori dan lemak. Air kelapa adalah minumam alternatif yang baik bagi menggantikan minuman manis kerana ia tidak mengandungi perasa atau pengawet tambahan. Kandungan gulanya juga rendah, selamat diminum dan tidak menyebabkan diabetes gestasi.
7. BAGUS UNTUK AIR KETUBAN
Menurut kajian, meminum air kelapa membantu mengoptimumkan tahap air ketuban serta membersihkan kandungannya. Faktor ini secara tak langsung melancarkan isipadu darah ibu mengandung dan menyediakan persekitaran yang baik untuk bayi dalam kandungan.
BUKAN SEKADAR SEDAP & MENYEGARKAN
Wah, nampaknya air kelapa bukan saja sedap dan selamat dinikmati ketika mengandung, tapi banyak betul khasiatnya untuk ibu serta bayi dalam kandungan!
sumber: siraplimau
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.