Connect with us

GLOBAL

Ayah Ini Curi Tidur Dengan Cara Trick Anak-anaknya Sangat Mencuit Hati

Published

on

Idea bijak seorang bapa supaya dia dapat tidur lena walaupun ada empat orang anak kecil bersamanya ketika itu

Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai ibu bapa. Lahir sahaja anak kecil anda maka bermula lah sebuah perjalanan yang penuh dengan cabaran. Anak kecil pastinya banyak ragam dan kerenah sehingga adakalanya untuk mendapatkan sebuah rehat yang cukup juga adalah sesuatu yang agak sukar. Anda perlu memastikan mereka sentiasa di rumah dalam keadaan selamat namun adakalanya anda juga keletihan setelah penat di pejabat.

Untuk mengatasi masalah ini, seorang bapa, Michael telah muncul dengan sebuah idea yang genius. Idea bijak itulah yang telah membuatkannya berjaya mendapatkan lena walaupun ketika itu dia bersama dengan empat orang anak kecilnya. Anda rasa apa yang dilakukan lelaki ini?

Isterinya, Monica Webber menceritakan tentang kisah suaminya itu. Menurutnya pada suatu hari dia meminta suaminya untuk menjaga empat orang anak kecil mereka yang sangat aktif. Suaminya ketika itu bercuti dan dia pula perlu keluar untuk membeli keperluan harian. Apabila pulang sahaja di rumah dia melihat sesuatu yang tidak disangka-sangka iaitu suaminya berjaya tidur manakala anak-anaknya pula sedang sibuk melukis.

Apa yang berlaku ialah Michael berjaya menyuruh anak-anaknya untuk melukis gambarnya yang sedang lena di atas sofa. Keempat-empat orang anaknya kemudian duduk di atas lantai di hadapan sofa tersebut dan mula memotret ayah mereka yang sedang tidur itu. Mike juga mengatakan bahawa dia menyediakan hadiah coklat buat sesiapa yang berjaya melukis gambarnya dengan cantik.

Kisah tersebut mula menarik perhatian ramai. Ada netizen lain yang mula berkongsi kisah mereka ‘membohongi’ anak-anak kecil mereka. Seorang bapa, Andy Penn menceritakan bagaimana dia ‘menipu’ anak perempuannya, chloe sangat suka akan hidangan Happy Meal di McDonalds. Memandangkan McDonalds agak jauh dari rumah mereka jadi Andy muncul dengan sebuah idea lain.

Facebook | Deadline News

Apa yang dilakukan ialah dia membeli nugget ayam, kentang goreng, soda dan mainan di sebuah pasar raya. Kesemua makanan dan mainan kemudian dimasukkan ke dalam beg Happy Meal. Beg kertas tersebut sebenarnya telah diminta awal-awal lagi dari kaunter McDonalds semasa dia pergi ke restoran itu. Jadi, dia hanya perlu membeli makanan dan mainan di pasar raya dan memasukkan semuanya di dalam beg kertas tersebut seolah-olah semua itu memang dibeli di McDonalds.

Facebook | Deadline News

Ideanya itu bukan sahaja dapat mengembirakan anaknya malah dia juga dapat berjimat memandangkan harga makanan dan mainan di pasar raya sebenarnya lebih murah berbanding harga sebenar di McDonalds.

Bijak bukan idea mereka?

Sumber : nepalivibes.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending