Connect with us

GLOBAL

Kajian Dedah Ancaman Dari Dalam Tanah Kepada Glasier Di Antartika Merisaukan Ramai Pihak

Published

on

Glasier Di Antartika

Kajian Terbaru Dedah Glasier Di Antartika Diancam ‘Kekuatan Yang Tak Dapat Dilihat’ Dari Dalam Bumi

Pencairan glasier dan ais Antartika sememangnya telah berlaku sejak sekian lama kerana keadaan perubahan iklim yang semakin memburuk.

Glasier Di Antartika Barat yang dikenali sebagai Thwaites Glacier atau Doomsday Glacier menjadi salah satu ‘mangsa’ tersebut.

Memetik laporan Live Science, Thwaites telah kehilangan kira-kira 595 bilion tan ais sejak tahun 1980-an dan menyumbang 4% kepada kenaikan permukaan laut global tahunan pada ketika itu.

Glasier Di Antartika

Kadar kehilangan ais juga telah meningkat dengan pesat dalam tiga dekad yang lalu. Sebahagiannya disebabkan oleh sungai-sungai tersembunyi dari air laut yang agak panas di bahagian bawah glasier serta perubahan iklim yang tidak menentu yang menghangatkan udara dan lautan.

Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa pemanasan lautan dan atmosfera bukan satu-satunya faktor yang mendorong Thwaites ke ambang kemusnahan.

Menerusi kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Communications Earth & Environment pada 18 Ogos lalu, para penyelidik telah menganalisis data medan geomagnetik dari Antartika Barat untuk membuat peta aliran suhu panas di bumi.

Glasier Di Antartika

Gambar Via Live Science

Mereka mendapati bahawa kerak di bawah Antartika Barat jauh lebih nipis daripada di Antartika Timur iaitu kira-kira setebal 10 hingga 15 batu (17 hingga 25 kilometer) di Barat berbanding dengan ketebalan sekitar 25 batu (40km) di Timur, lapor Live Science.

Ia mendedahkan Thwaites kepada haba panas bumi yang jauh lebih banyak daripada glasier di seberang benua.

Disebabkan Antartika Barat terletak di Oceanic Trench, kerak di bawah dasar laut jauh lebih nipis daripada kerak di bawah Antartika Timur.

baca juga: Buat kali pertama hujan di puncak ais Greenland, dan itu petanda kurang baik

Kerak yang nipis itu dikatakan boleh menyerap lebih banyak haba dari mantel atas bumi yang mempengaruhi pembentukan dan evolusi glasier di sana selama berjuta-juta tahun.

“Haba panas itu boleh menyebabkan dasar glasier tidak lagi membeku sepenuhnya,” kata salah seorang penulis dan juga ahli geologi, Karsten Gohl.

Keadaan itu menyebabkan glasier lebih mudah beralih dan mencair.

Memetik laporan Live Science, ia amat membimbangkan kerana jika Thwaites Glacier runtuh sepenuhnya, permukaan laut global akan meningkat sekitar 25 inci (65 sentimeter) dan boleh memusnahkan komuniti pantai di seluruh dunia.

Sumber: Live Science via siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending