Connect with us

INSPIRASI

“Anakku M3ninggal Sebab Kesus4hanku” Mak Cik Ju4l Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari.

Published

on

“Anakku M3ninggal Sebab Kesus4hanku” Mak Cik Ju4l Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari.

Perkongsian ini dimuat naik oleh Channel Y0utube Vitaminbae, memaparkan kisah mak cik ju4l keropok sara anak yang masih kecil. Pada mulanya dia hanya menju4l keropok dan kerepek di kawasan Airport lama. Kemudian, baru beberapa hari berpindah di jalan masuk airport lama seawal 9 pagi.

Peniaga jalanan adalah insan yang tidak pernah kenal erti penat untuk mencari sesuap nasi demi anak dan keluarga di rumah. Berdiri dari pagi sampai petang, membawa barang-barang ju4lan di tangan kiri dan kanan, dan berharap ada insan yang berhati mulia sudi membelinya. Mereka bukan peminta sedekah, tetapi mereka mahu mencari pendapatan atas jalan yang betul. Kisah mak cik ju4l keropok sara anak 5 orang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut.

Pagi ju4l sayur keliling kampung, petang mak cik ju4l keropok sara anak 5 orang

Dengan keropok yang berharga RM2 setiap satu, bayangkan dari pagi sehingga petang yang mampu dia peroleh hanyalah bernilai RM7 sehari. Dengan membesarkan anak 5 orang yang masih kecil dan bersekolah rendah, adakah cukup bagi menampung keluarga mereka?

Awal pagi diperuntukkan masanya menolak gerobok untuk menju4l sayur-sayuran di keliling kampung. Pada ketika itu, dia amanahkan adik iparnya untuk menjaga ju4lan keropok dan anak-anaknya. Adik iparnya mempunyai Kad OKU dan masalah kesihatan sehingga menyukarkannya untuk bekerja berat seperti orang lain. Apa yang mampu dilakukannya hanya membantu meringankan beban hidup kakak iparnya sekeluarga.

Payah dan lelah jangan dicakap lagi. Namun bila teringat kisah dulu dia mula bangkit kembali. Demi seorang insan yang bernama anak.

Suami Mak Cik Hasnah ini merupakan seorang nelayan. Hidupnya semakin susah oleh kerana suaminya tidak mampu lagi membawa rezeki setiap kali pulang dari laut. Teguhnya seorang isteri tidak mahu membebankan suami, kasihnya seorang ibu mahu melihat anak-anak membesar layaknya seperti kanak-kanak lain di usianya.

Anak 1 tahun meninggal kerana tiada dult untuk membeli ubat

“Takpe ke kamu ikut mak berpanas pergi ju4lan?”

“Takpe mak, kami nak tolong mak.”

Siapa sangka kesusahan hidup tidak hanya memberi kesan kepada kehidupanya sehari-hari sahaja untuk makan, minum, dan membeli keperluan. Hakikat, kerana kesusahan hidup ini telah meragut nyawa anak Mak Cik Hasnah yang baru berumur 1 tahun.

Terkenang kembali episod penuh duka bila mana anaknya meninggal dunia kerana dia tidak mampu untuk membeli ubat apatah lagi membawanya ke hospital.

“Anakku meninggal kerana kesusahanku,” pecah tangisannya yang selama ini ditahan.

Bila anaknya meninggal kisah itu tidak berakhir lagi apabila dult untuk menguruskan pengebumian juga membebankannya. Dari situ dia mula bekerja keras untuk mencari dult dari ju4lan sayur dan keropok.

“Aku mintak tolong orang, tapi tiada orang yang mahu tolong belikan ubat. Meninggal anakku, orang kampung sahaja yang bantu menguruskan,” jelasnya.

Tidak pernah dapat apa-apa bantuan lagi

Namun Mak Cik Hasnah terus bersyukur kerana masih ada Allah untuk dia mengadu. Setiap hari dia berdoa agar Allah memudahkan jalannya mencari rezeki dan diringankan setiap beban yang menanti.

Keluarga ini susah, keluarga ini perlu dibantu. Namun dia tidak mendapatkan apa-apa bantuan lagi daripada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab. Hanya sekadar ada individu yang kasihan melihatnya lalu menghulurkan beberapa keping dult ringgit untuk mengurangkan beban.

Diharapkan kisah ini dapat membuka mata orang bahawa masih ramai sebenarnya keluarga susah yang perlu dibantu dan mendapatkan bantuan. Mereka tidak bekerja untuk kaya, tetap mereka bekerja untuk kekal hidup. Biar susah di mata, tetapi impiannya untuk melihat anak-anak mampu membesar dan menjadi orang berguna.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : I Muslim Network

 

Continue Reading
Advertisement

Trending