Connect with us

Uncategorized

Amalkan Zikir Tasbih 3x Sehari Ganjaran Luar Biasa

Published

on

zikir tasbih

Jangan Tinggal Zikir Tasbih Pagi Yang Istimewa Ini. Ringkas Tapi Ganjarannya Sangat Luar Biasa

Berzikir sememangnya mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa.

Walaupun ia amalan yang ringan di mulut tetapi mempunyai ganjaran pahala yang sangat lumayan.

Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepada-Nya.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”

Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)

Zikir Tasbih

Ada sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain menyebut, Ummul Mukminin Juwairiyah binti al-Harith pada satu hari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar menuju masjid ketika shalat subuh. Sementara Juwairiyah masih berada di tempat shalatnya di rumah.

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pulang di waktu dhuha (matahari sudah tinggi), menemui Juwairiyah, sementara Juwairiyah masih duduk di tempat semula. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada Juwairiyah istrinya: “Sejak aku tinggal tadi pagi sampai sekarang kamu belum beranjak dari tempat dudukmu?” Juwairiyah

Beliau Juwairiyah menjawab: “Ya.” Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu saya ajar beberapa kalimah kalau kamu hendak timbang dengan semua tasbih yang kamu ucapkan tadi nescaya ia menyamainya iaitu :

(3x) سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Subhaanallaahi wa bihamdihi ‘adada kholqih, wa ridhoo nafsih, wa zinata ‘arsyih, wa midaada kalimaatih. (3x)

Maha Suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sesuai keridhaan-Nya, seberat timbangan arasy-Nya dan sebanyak tinta (yang menulis) kalimat-Nya.

Zikir Tasbih

Dikongsikan juga sedutan video kuliah Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa berkongsi supaya jangan tinggal zikir (tabsih) ini setiap hari

Pesan Ustazah lagi sebar-sebarkan. Moga-moga menjadi amal jariah kita bersama. Moga menjadi pencen(pahala) untuk kita bila kita sudah tiada.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu mening-gal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Sumber: viralmalaysiaku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending