AGAMA
Amalkan Zikir ini 3 Kali Selepas Solat Subuh, InshaAllah Setiap Makhluk Allah Doakan Keampunan kpd Anda.

Amalkan Zikir ini 3 Kali Selepas Solat Subuh, InshaAllah Setiap Makhluk Allah Doakan Keampunan kpd Anda.
Amalkan Zikir ini 3 Kali Selepas Solat Subuh, InshaAllah Setiap Makhluk Allah Doakan Keampunan kpd Anda. Amalkan Zikir ini 3 Kali Selepas Solat Subuh, InshaAllah Setiap Makhluk Allah Doakan Keampunan kepada Anda. Ustaz Don menyebutkan hadis yang terjemahnya berbunyi:
“Barangsiapa membaca zikir ini 3 kali setiap hari selepas subuh, maka setiap batu, setiap pokok setiap tembok bangunan akan mendoakan keampunan terhadapnya.”
Menurut beliau hadis tersebut adalah sahih.
Saya katakan:
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad (34/207, hadis no. 20602):
عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ الْمُخَارِقِ، قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي: ” يَا قَبِيصَةُ مَا جَاءَ بِكَ؟ “، قُلْتُ: كَبِرَتْ سِنِّي، وَرَقَّ عَظْمِي، فَأَتَيْتُكَ لِتُعَلِّمَنِي مَا يَنْفَعُنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ، قَالَ: ” يَا قَبِيصَةُ، مَا مَرَرْتَ بِحَجَرٍ، وَلَا شَجَرٍ، وَلَا مَدَرٍ، إِلَّا اسْتَغْفَرَ لَكَ، يَا قَبِيصَةُ، إِذَا صَلَّيْتَ الْفَجْرَ، فَقُلْ : سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، تُعَافَى مِنَ الْعَمَى، وَالْجُذَامِ، وَالْفَالِجِ، يَا قَبِيصَةُ، قُلْ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ
Daripada dari Qabishah bin al-Mukhariq, beliau berkata:
“Aku datang menemui Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bertanya kepadaku: “Wahai Qobishah, apa yang membuatkan kamu datang kesini?”
Aku menjawab; “Usiaku semakin tua dan tulang-tulangku mulai rapuh. Maka aku datang kepadamu supaya engkau mengajariku sesuatu yang Allah beri manfaat bagiku dengannya.”
Baginda lalu bersabda: “Wahai Qabishah, tidaklah kamu melalui batuan, pohonan dan kota-kota melainkan ia akan memohonkan keampunan bagimu.
Wahai Qabishah, apabila kamu (selesai) mengerjakan solat Subuh, maka bacalah tiga kali:
سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya.” Nescaya kamu akan terhindar dari kebutaan, penyakit kusta dan lumpuh.
Wahai Qabishah bacalah:
اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu apa yang ada di sisi-Mu, berikanlah kurniaan-Mu kepadaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku.”
Sanad hadis ini daif disebabkan kesamaran perawi yang meriwayatkan daripada Qabishah bin al-Mukhariq. Hanya disebutkan sebagai ‘seorang lelaki daripada ahli Basrah’. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar: “Jika tidak kerana perawi mubham (samar) tersebut, nescaya sanadnya akan jadi hasan.”
Sumber:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.