ISU SEMASA
‘Alhamdulillah, Ainul sudah sedar’

‘Alhamdulillah, Ainul sudah sedar’
BAPA Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin memaklumkan anaknya telah pun sedar selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian mulutnya pada Isnin.
“Ainul dah sedar, Alhamdulillah.
“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul okey sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.
“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya,” tulis Safiuddin dalam satu entri di Facebook, sebentar tadi.
Safiuddin turut memuat naik gambar terbaharu Ainul.
Safiuddin juga meluahkan rasa terharu atas doa dan ucapan selamat yang diterima daripada seluruh rakyat Malaysia.
“Saya tak mampu nak berkata apa-apa ketika ini, tapi saya teringin nak post bendera Malaysia di FB sebab nak tunjuk bahawa tanpa mengira agama dan bangsa, anda semua telah membuatkan Ainul berjaya hari ini (izinNya).
“Tanpa doa dan sokongan dari kalian, mungkin Ainul dan kami tidak akan sampai ke tahap ini,” tulisnya.
Pembedahan lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tumor, dan ia dijalankan oleh sekumpulan pakar di sebuah hospital di London.
Ainul, 8 bulan, yang menderita kanser ‘germ cell tumor’ tiba di London beberapa minggu lalu untuk rawatan sebelum menjalani pembedahan.
Artikel berkaitan
Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang

Dr.Amalina bersama ibu bapa Ainul, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani selepas tamat pembedahan. – Instagram Dr.Amalina Che Bakri
KEADAAN bayi berusia lapan bulan yang menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, stabil selepas melalui lima jam pembedahan.
Hal itu dimaklumkan doktor pelatih surgikal yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri, menerusi satu entri di Instagram.
Pembedahan dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr. Juling Ong.
Dr. Amalina yang turut bersama-sama dalam pembedahan itu berkata, Ainul seorang bayi yang kuat dan pembedahan berkenaan berjaya membuang tumor seberat 200 gram dari mulutnya.
“Lima jam dalam dewan bedah, keseluruhan tumor berjaya dibuang. Anda tidak dapat bayangkan bagaimana resahnya saya sepanjang tempoh itu.
“Ia pembedahan berisiko tinggi, banyak persediaan perlu dilakukan untuk memastikan Ainul selamat dan pembedahan berjalan lancar,” tulisnya.
Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi rasa syukur dan gembiranya susulan kejayaan pembedahan itu.
“Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.
“Sekarang Ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring.
“Untuk makluman, Ainul belum sedar lagi. Mereka bagi Ainul ‘tidur’ dulu sebab kalau Ainul bangun, mungkin dia akan rasa sakit selepas pembedahan.
“Kita teruskan berdoa untuk Ainul ya,” tulisnya di Facebook.
Ainul menjalani rawatan di London dan telah berada di sana sejak beberapa minggu lalu.
Sumber: astroawani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.