HIBURAN
Alhamdulillah.. Abby Abadi Selamat Melahirkan Anak, bayi lelaki pramatang seberat 535 gram

Abby Abadi sudah selamat melahirkan anak, bayi lelaki pramatang seberat 535 gram
Dua tiga hari lalu, banyak berita-berita mengenai kehamilan Abby Abadi yang boleh dikatakan penuh dengan dugaan. Namun, akhirnya pelakon ini selamat melahirkan bayinya di Hospital Sungai Buloh pada hari ini jam 10.45 pagi tadi. Abby Abadi dilaporkan melahirkan anaknya secara pembedahan.
Terpaksa dibedah…
Sebelum ini, Abby Abadi telah dimaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka serta menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut. Tambah pula, tekanan darah yang tinggi dan tumpah darah telah berlaku secara tiba-tiba pagi tadi.
“Kedua-duanya selamat…”
Suaminya , Faizal Zakaria mengatakan bahawa isteri dan anaknya itu masing-masing dalam keadaan yang sihat. Jelasnya suami kepada pelakon tersebut, mereka berdua kini telah menerima seorang cahaya mata lelaki.
Bayi pramatang dan masih dalam pemantauan
Tambahnya lagi, walau bagaimanapun anak lelakinya itu masi lagi dalam pemantauan doktor dan telah ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi. Malah, berat cahaya mata mereka itu hanya mencecah 535 gram sahaja.
Kandungan Abby Abadi dikhabarkan baru saja mencecah 23 minggu namun terpaksa dikeluarkan kerana kerana tumpahan darah yang terlalu banyak. Kini, kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan yang selamat dan baik-baik sahaja.
Abby Abadi dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan telah mengambil sepasang anak angkat iaitu Muhammad Daiyyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia pada tiga tahun lepas.
Sumber: Mstar via ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.