Connect with us

VIRAL

“Alhamdulilah, Saya sangat gembira…”- Awie syukur dapat sambut ‘birthday’ ke-54 di Mekah

Published

on

“Alhamdulilah, Saya sangat gembira…”- Awie syukur dapat sambut ‘birthday’ ke-54 di Mekah

Menerusi hantaran di laman Facebook Maulana Helmi, sambutan ulang tahun kelahiran Awie turut diraikan dengan jemaah lain termasuk anggota Wings yang turut serta mengerjakan umrah bersama dengannya sejak 16 November lalu.

Penyanyi dan vokalis kumpulan lagenda Wings iaitu Datuk Awie menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-54 dalam suasana yang berbeza pada kal ini apabila dia diraikan rakan-rakan di Tanah Suci Mekah.

“Sanah Helwah Dato Awie Al Pamalo sempena Hari Lahir yang ke-54 tahun.

“Didoakan semoga Dato kekal sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T dalam kehidupan Dato di dunia dan di akhirat,”ucap Maulana Helmi.

LIHAT VIDEO DIBAWAH

Difahamkan, sambutan tersebut diraikan di dataran Masjid Masy’aril Haram di Muzdalifah bersama jemaah Skymatt Travel yang lain.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meluahkan kesyukuran kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran di Mekah yang sememangnya menjadi memori terindah.

“Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Makkah al Mukarramah ini.

“Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih kepada Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya, Wings. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya,”katanya penuh ceria.

Sementara itu, Awie memaklumkan di awal pembabitan dalam bidang seni, dia dan Sham menubuhkan Wings dengan rock & roll.

“Tapi di akhir-akhir penghujung ini kita tubuhkan satu kumpulan baru lagi ‘Wings On Fire’ pergi umrah. Terima kasih banyak-banyak sebab doa-doa semua,” katanya

Terdahulu, Awie dan anggota Wings mengumumkan bakal berehat panjang sebaik pulang dari mengerjakan umrah dan akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun depan.

Bagaimanapun, mereka akan beraksi buat kali terakhir menerusi Konsert Wings Ceritera Rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 3 Disember ini sebagai penutup 2022.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : Facebook Maulana Helmi / Cara Mohon

 

Continue Reading
Advertisement

Trending