Connect with us

KESIHATAN

“Aku jerit panggil mak,tak larat,rasa macam NAZAK…” Lelaki kongsi sakitnya kena KAYAP

Published

on

“Aku jerit panggil mak,tak larat,rasa macam NAZAK…” Lelaki kongsi sakitnya kena KAYAP

Bismillahirahmanirahim. Baik, aku mulakan. Thank you yang sanggup tunggu thread, share sebab dah ramai sangat tanya, bukan sebab tak tahu penyakit apa, tapi tak tahu cara berubat.

Macam yang anda baca, KAYAP, dalam english sebut Herpes Zoster (sumber sah dari doktor yang rawat aku). Bila google word kayap ni, akan keluar baaaanyak artikel cerita pasal ni. Aku akan skip ni, sebab memang panjang lebar, google terus.

Aku kena kayap ni dalam bulan April 2017, waktu ni baru balik dari Instameet. Event kat Pasar Seni KL, so memang kekadang ada redah sekejap lorong kotor. Hence aku anggap ni punca aku kena. KAWASAN KOTOR.

Dalam seminggu pertama, aku asyik rasa sakit kepala, paling obvious mata berdenyut sendiri. Makin lama makin kuat. Aku buat terus solat taubat nasuha bagai sebab orang cerita mata denyut ni tanda nak meninggal.

ngat mati tu bagus, tapi kena lah cari rawatan jugak. Aku mengadu kat mak aku pasal sakit ni. Tuduh pulak aku selalu berjaga malam hadap PC lama2. Aku cuba stop, tapi denyut makin tambah, takde kurang. Aku dah pelik.

Aku punya sakit sampai dah tak nak pegi kelas kolej, sebab tak tahan sakit. Makan apa pun tak lalu, even burger, roti sapu peanut butter pun aku tak selera. Aku dah sampai tahap rasa macam nak hantuk kepala kat lantai byk kali sebab sakit sangat.

Then tengok cermin, nampak eyelid dah mula bengkak, naik jerawat kecik2 sekelompok tepi kening. Aku dah macam “ni aku akil baligh 2.0 ke?” Aku dah tak larat macam nak nazak (yes, i mean it, rasa nazak) aku jerit panggil mak aku, suruh tengok muka aku.

Mak aku terkejut, “Ya Allah.. Kayap!” Long story short, mak aku risau aku boleh mati. Time first time aku dengar word kayap. Terus mak aku bawak pergi hospital bahagian emergency. Daftar tunggu giliran jumpa doktor semua, doktor sahkan aku kena Herpes Zoster

Waktu ni doktor cakap mungkin sebab tak jaga kebersihan, (reminder : lorong kotor) ADA CHANCES BOLEH HILANG MATA. WEYYYY TAK KELAKARRR!!! Apa yang doktor bagi waktu ni, (so far yang aku ingat) mostly painkiller dengan cream sapu.

Mak aku kata kekadang kayap ni boleh jadi buatan orang. So lepas part hospital, mak bawak pergi Darul Syifa kat Bangi, jumpa ustaz. Benda yang sama juga macam doktor cakap, puncanya tak jaga kebersihan. Yang ni ustaz bagi air bacaan doa dengan bedak sejuk.

Yes, aku buat dua cara berubat serentak, moden dengan tradisional. Untuk saranan doktor, aku tak miss timing waktu makan ubat, dan pantang larang kena jaga (yang ni boleh google), asing tempat tidur, dan sentiasa cuci tempat luka.

Saranan ustaz pulak, bedak sejuk ni apply dekat tempat luka setiap kali duduk kat rumah. Rumah lah, takkan time jalan kat Pavi pun nak pakai bedak sejuk kan? Orang ingat Geisha mana pulak kang buat free show.

Dalam 2 minggu, bengkak dah surut terus. Cuma bekas luka je yang nampak sikit-sikit, sebulan 2 baru hilang. So far, ni la pengalaman aku.

SUMMARY TIPS UNTUK YANG BARU KENA. Bila kena benda macam ni, Bawak terus pergi HOSPITAL, EMERGENCY Dept. Klinik biasa tak cukup pakar nak analyse sakit ni. Even ada pun, klinik akan suruh refer hospital jugak. Ikut nasihat doktor. Lain kayap, lain ubat.

Optional boleh pergi juga ke Pusat Darul Syifa, untuk rawatan kayap. Bagi aku, bedak sejuk sangat efficient untuk sejukkan luka kayap. Alang2, mintak la doa ustaz bagi cepat sembuh, air bacaannya sekali.

Sewaktu penyembuhan ni, make sure ada orang rapat temankan. Sesiapa yang boleh harap, macam parents, adik-beradik, close friends. Just in case ada apa2 like terjatuh, immediate help sangat diperlukan.

Yang mana masih belajar atau bekerja, tolong minta Medical Leave dari doktor, sebab rawatan kayap ambil masa dalam 2 minggu atau lebih, bergantung pada jenis kayap. Saja remind, sebab ada member tak datang kelas, tak bagi tahu kena kayap, end up cikgu kata ponteng. Tu je kot.

Terima kasih baca sampai sini. Ni muka saya sekarang.

Sumber: Anwar Senyum Ikhlas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending