Connect with us

INFORMASI

Ramuan Resipi Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan Amalan Prof Muhaya Ramuan Resipi Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan Amalan Prof Muhaya

Published

on

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

Air Siraman Rahsia Prof Dr Muhaya bantu tingkatkan imunisasi

Tatkala dunia diselubungi keresahan akibat ancaman novel koronavirus atau COVID-19, adalah penting untuk manusia sejagat mematuhi arahan pengasingan misahan jarak sosial (social distancing), duduk di rumah, jaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bukan itu saja, pengambilan minuman dan makanan probiotik seperti dadih, sider epal, cuka, kombucha, kimchi, tapai dan sebagainya boleh membekalkan jutaan bakteria sihat yang sentiasa merangsang sistem imunisasi untuk lebih aktif.

Pakar Oftamologi terkenal, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, turut berkongsi resipi Air Siraman Rahsia yang diamalkannya untuk kekal segar sepanjang hari.

Beliau berkata, ramuan berkenaan mampu meningkatkan imunisasi badan terutama dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

Ramai dalam kalangan doktor di Pusat Perubatan Putra sudah mencuba minuman ini dan mengamalkannya. Anda bila lagi?

Di sini Hijab & Heels ingin berkongsi ramuan membuat Air Siraman Rahsia yang dikongsikan Prof Dr Muhaya.

Bahan-bahannya:

  • Bunga Cengkih
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Kayu Manis
  • Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris)
  • Halia (sebesar ibu jari, hiris)
  • Serai (3 batang, dititik)

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

Cara membuatnya:

1. Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan. digalakkan untuk menggunakan satainless steel agar tahan lebih lama.

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

2. Tuangkan air mendidih dan biarkan selama beberapa minit

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

3. Apabila minuman nampak sebati, bermakna sudah siap untuk dihidangkan dan diminum.

Air Siraman Kuatkan Imunisasi Badan

Minuman ini boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.

Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semula jadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.

Insya-Allah dengan mengamalkan minuman ini yakni dengan izin Allah SWT, dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, selain bermohon agar dijauhkan daripada COVID-19 ini serta berdoa agar dunia kembali aman.

Sumber: Facebook via mingguanwanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending