HIBURAN
“Ada Kisah Disebalik Kulit Aku Sekarang”- Altimet Buka Mulut Berkenaan Isu Kulit Yang Mengejutkan Ramai Pihak

“Ada Kisah Disebalik Kulit Aku Sekarang”- Altimet Buka Mulut Berkenaan Isu Kulit Yang Mengejutkan Ramai Pihak
Altimet dedah apa yang berlaku pada diri beliau..
Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, menyifatkan kulit wajahnya sebagai peris4i untuk dirinya.
Berkongsi catatan mengenai kulit di laman Instagram, pelantun lagu Amboi ini mengakui kulit wajahnya menjadi pelindung untuk dirinya dari wanita-wanita yang boleh melal4ikan.
“Kulit aku peris4i aku. Kulit aku banyak lindungi aku dari benda-benda neg4tif. Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang macam ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. “Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melal4ikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku.
“Kulit aku pernah membuat saingan-saingan aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat dan handal untuk mengatasi mereka. You know who you are,” tulisnya.
Mengakui dirinya tidak tampan, Altimet juga tidak bergantung kepada rupa untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi olehnya.
“Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa untuk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu, aku menggantung harga diri aku pada kualiti karya aku. “Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dengan lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain.
“Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi temb4klah kuat mana, Insya-Allah tak lut. “Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kec3wa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hikmahnya. Lagipun, kulit yang mulus / cantik tak kekal selamanya,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan nukilan yang dicoret oleh Altimet dan menyokong buah fikiran penyanyi itu.
Dalam perkembangan lain, Altimet kini duduk di kerusi juri tetap program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Datuk Awie dan Nora Danish.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
View this post on Instagram
Bukan malas ramas buku ilmu aku ada aurat aku segan tunjuk bulu. #cakapterang #tukangtulis
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak via sinarkini.blog
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.