Ustaz ebit Liew Digesa Memohan Maaf Secara Terbuka kerana Sewa Bas Hantar pelajar Pulang Ke Kampung

Ustaz ebit Liew Digesa Memohan Maaf Secara Terbuka kerana Sewa Bas Hantar pelajar Pulang Ke Kampung

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.

Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas yang saya telah siapkan untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa.

Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu.

Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train.

Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan. -ebitlew

Isu pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terkandas selepas perintah penangguhan kemasukan ke kampus menjadi perbualan hangat sejak kelmarin.

Pelbagai respon yang ditunjukkan netizen, malah ramai yang bersimpati dan terus menawarkan pelbagai bantuan kecemasan kepada mereka seperti wang saku, tumpang menetap di rumah, tolong hantarkan pulang ke rumah dan sebagainya.

Malah pelbagai agensi seperti Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan yang diwakili bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan kecemasan buat pelajar terbabit.

Dalam masa sama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengumumkan bantuan zakat kecemasan bagi pelajar-pelajar terkandas tersebut akan digerakkan.

Tidak kurang juga, hero ‘jalanan’ negara, Ustaz Ebit Lew yang amat aktif dalam memberikan bantuan kecemasan ke serata masyarakat turut menjalankan baktinya semalam.

Difahamkan Ustaz Ebit Lew bersedia menyalurkan bantuan dengan menyewakan bas khas untuk menghantar pulang pelajar-pelajar itu ke kampung halaman masing-masing.

Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.

Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua.

Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri.

Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang dm saya.

Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI. Ramai lagi Insya-Allah saya akan aturkan dari UiTM, UTHM, UPSI dan banyak lagi.

Yelah keadaan semasa negara COVID-19 meningkat dan membimbangkan.

Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi.

Teringat dulu masa susah di universiti.

sumber: majalahsinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan