Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Wan Emir Astar

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir Astar

Selepas hampir setahun berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing, pelakon cantik, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar selamat diijab kabul.

Bapa perempuan nikahkan sendiri

Mira yang dinikahkan sendiri oleh bapanya telah menerima mas kahwin seutas gelang tangan serta hantaran yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Sekali lafaz sah bergelar isteri

Mira dan Wan Emir yang segak mengenakan busana berona putih dilihat begitu secocok. Dengan sekali lafaz sahaja, Mira sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati.

Majlis pernikahan tersebut dibuat di Sime Darby Convention Centre dan telah dipancarkan secara langsung menerusi YouTube TV3 yang bertindak menjadi penyiar rasmi majlis perkahwinan pengacara Nona tersebut.

Sebelum ini, Mira dan Wan Emir telah berkenalan sekitar Ramadan tahun lalu sebelum hubungan dibawa ke fasa lebih jauh dengan mengikat tali pertunangan beberapa bulan yang lepas tanpa menyebut tarikh khusus.

Sumber: TV3 via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan