hanya 2 bahan dapur, Usir dan Halau Lipas Yang Banyak Dengan Mudah Dan Berkesan

Ini Petua ‘Usir’ Lipas Dengan Cara Yang Cukup Mudah Tapi Berkesan. Guna Dua Bahan Di Dapur Je!

Salah satu perkara yang sering buat kita rasa stress adalah dengan hadirnya lipas yang bersarang di rumah kita. Bila malam hari, lipas-lipas mulalah bermaharajalela di rumah kita. Dapur antara kawasan yang paling disukai oleh lipas.

Pening juga memikirkan apakah cara untuk menghalau lipas-lipas ini dalam rumah kita. Puas di cuba pelbagai produk di pasaran, namun lipas hilang sekejap dan akan muncul kembali.

Nah cuba petua yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar . Guna dua bahan yang ada di dapur ibu-ibu je.

PETUA HALAU LIPAS DENGAN DUA BAHAN JE

Stress kan bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur le kan.

Menurut kajian, di dalam perut lipas tu ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak tau. Cacing ni korang tak boleh nampak dengan mata kasar tau sebab saiznya yang kecil.

Tapiiiiii jangan tak tahu cacing ni boleh masuk dalam tubuh melalui pori pori kaki nak nak pulak bila kaki korang ada luka. Bersorak sakan le dia. Korang jangan risau k, apakata korang cuba petua atau tips ni ye.

BAHAN BAHAN :

  • 1 sudu makan baking soda
  • 1 sudu makan gula

CARA CARANYA :

Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.

Ok, selamat mencuba.

NOTAPETUA :

Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

sumber: keluarga

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan