Challange Taranum, 5 Beradik Ini Tarik Perhatian Dan Buat Netizen Terpegun

(Video) Lima Beradik Bertaranum, Bacaan Merdu Abang Dan Kakak Qariah Muda Ini Buat Ramai Terpegun

Kebolehan Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah dalam mengalunkan ayat-ayat suci kitab al-Quran sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Namun begitu, bukan hanya dia sahaja yang mempunyai kebolehan melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh merdu, tapi adik beradiknya juga dilihat mempunyai bakat yang sama.

Melalui laman Instagram miliknya, dia ada berkongsikan adib beradiknya membacakan ayat suci al-Quran secara bertaranum dengan penuh penghayatan.

Video yang berdurasi selama 3 minit dan 48 saat itu memaparkan kelima-lima adik beradiknya bermula daripada kakaknya yang sulung sehinggalah gilirannya yang bongsu membuat tarannum Challenge.

Warganet yang menonton video tersebut turut terpesona dengan kebolehan yang ditunjukkan oleh keluarganya. Bahkan, ada yang turut mahu menjadikan keluarganya itu inspirasi buat diri mereka.

Sumber: farhatulfairuzah via siakap keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan