Cekal Lawan Kanser, Ustaz Hanafi Jadi Rider Grabfood

“Ayah Tak Kisah Susah, Janji Anak-Anak Tersenyum Indah…” Pendakwah Terkenal Ustaz Hanafi Jadi “Rider” Grabfood, Cekal Lawan Kanser

Anda masih ingat pendakwah terkenal, Ustaz Hanafi?

Beliau atau nama penuhnya Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering beraksi di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama menerusi siaran Tanyalah Ustaz.

Sehinggalah ditakdirkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.

Bagaimanapun, kesakitan dalaman yang dihidapinya itu tidak menghalangnya untuk terus hidup.

Dengan penuh cekal, kini Ustaz Hanafi ‘berhijrah’ dari meja kuliah ke jalan raya, di mana beliau baru sahaja memulakan karier baharunya sebagai penghantar makanan.

Beliau berkongsi pengalamannya itu menerusi halaman Facebooknya semalam.

Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter

Berikutan ramai netizen yang terharu dengan kesanggupan Ustaz Hanafi untuk menjadi penghantar barang, rata-rata mereka menitipkan doa dan kata-kata semangat buat beliau.

Sumber: Ustaz Hanafi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan