Cara Bersihkan Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat Lagi

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat Lagi

Semua rumah tentunya mempunyai aircond. Maklum sahaja dengan cuaca yang tidak menentu dan lebih-lebih lagi rumah batu. Habanya waktu malam, hangat betul. Jangan hanya pandai guna dan pasang saja tanpa membersihnya.

Biasanya untuk bersihkan aircond perlu dalam tempoh 6 bulan. Jadi, kalau ada rasa aircond tak sejuk dan suhu bilik, hanya keluar angin sahaja. Itu maknanya, aircond anda perlu dibersihkan atau gas sudah habiis. Nak tak nak kenalah panggil tukang aircond.

Sebenarnya, kalau nak jimat tak perlu panggil orang untuk bersihkan sebab, kita sendiri boleh bersihkan. Kalau minta orang bersihkan dah tentu-tentu dalam tangan perlu sediakan duit dalam RM150 untuk upahnya.

Jadi, apa kata bersihkan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Mungkin boleh membantu anda.

INFO LEBIH LANJUT DI SINI

Cara Bersihkan Aircond Sendiri

  • 1. Tutup suis aircond.
  • 2. Cabut filter, flipper, dan casing (rujuk gambar).

Guna aircond cleaner seperti ini.

Inilah flipper (tak sure nama sebenar tapi yang boleh swing tu).

Sebelum cabut casing, buka skru belah kanan.

Skru belah kiri.

Cabut filter (biasanya orang bersihkan ni je, sebenarnya kena cabut casing semua kalau nak deep cleaning).

Cabut casing (kena hati-hati sebab ketat sikit).

Rupa lepas cabut casing.

3. Spray pencuci pada coil.

*pencuci bertindak membersihkan bahagian dalam aircond dengan mencairkan kotoran

Spray pencuci pada coil.

Bau dia agak kuat, wajib pakai mask!!.

4. Biarkan satu minit.

5. Bersihkan kotoran guna berus kecil dan kain lap.

Sementara tu, bersihkan casing (tip dia guna lidi nak capai bahagian kecil macam ni).

Sebelum.

Selepas .

6. Lap casing dan bersihkan filter sebelum dipasang semula.

Ini keadaan tempat keluar angin sejuk sebelum spray pencuci, jadi lepas spray, guna berus gigi dan lap dengan kain sampai bersih.

Selepas bersih.

Sebelum bersih.

Selepas cuci lagi.

7. Buka semula suis dan biarkan mode fan dan baki habuk akan keluar sedikit lagi.

Bila aircond dah tak sejuk atau air mula menitik, tu menunjukkan habuk dah tebal, so dah boleh buat deep cleaning macam ni..

8. Bersihkan dan voila! Aircond akan sejuk semula dan bil elektrik juga bertambah jimat!

Selamat mencuba!

MW: Lepas ini bolehlah buat sendiri kat rumah. Minta bantuan suami tersayang bersihkan ye.

Sumber: Susun Atur Sioca

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan